Bekas pemain pertahanan skuad kebangsaan, Faizal Muhamad dilaporkan terlibat dalam kemalangan di Lebuhraya Pantai Timur (LPT 2) awal pagi tadi ketika dalam perjalanan pulang ke Terengganu.
Beliau yang kini beraksi untuk pasukan Melaka United dikhabarkan terus berangkat pulang selepas tamat perlawanan menentang Perak dalam aksi Liga Super di Ipoh malam tadi.
Persatuan Bolasepak Melaka (MUSA) mendoakan pemain pertahanan Melaka United, Mohd Faizal Muhamad segera pulih daripada kecederaan parah yang dialami selepas terlibat dengan kemalangan di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dekat Jabor, Pahang awal pagi tadi.#GetWellSoon pic.twitter.com/wo3MRWO8zL
— Melaka United FC (@MelakaUnitedFC) May 26, 2019
“MUSA mendoakan pemain pertahanan Melaka United, Mohd Faizal Muhamad segera pulih daripada kecederaan parah yang dialami selepas terlibat dengan kemalangan di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dekat Jabor, Pahang awal pagi tadi (Ahad, 26 Mei 2019).
“Kemalangan berlaku ketika beliau dalam perjalanan pulang ke Terengganu selepas perlawanan Liga Super 2019 antara Perak dan Melaka United di Stadium Perak, Ipoh malam tadi (Sabtu, 25 Mei 2019).
“Semoga beliau segera pulih daripada kecederaan untuk kembali membantu pasukan mengharungi perlawanan-perlawanan akan datang,” menurut kenyataan itu.
Faizal merupakan antara pemain yang disenaraikan di bangku simpanan skuad Hang Tuah pada pertemuan menentang Perak. Namun, pemain berusia 30 tahun itu tidak diturunkan dalam aksi yang berkesudahan Melaka United menang 3-2.
Kami di SemuanyaBOLA mendoakan semoga beliau cepat sembuh dan kembali beraksi di atas padang.