Pemain Marcerra Kuantan FA Menderita Gaji Tidak Dibayar 3 Bulan

Laporan daripada akhbar tempatan, Berita Harian semalam mendedahkan para pemain dan pegawai pasukan Marcerra Kuantan FA tidak menerima sebarang gaji mereka sejak 3 bulan yang lalu.

Kuantan FA yang kini diambil alih oleh pengurusan baharu masih mengulangi skrip pengurusan lama yang gagal melunaskan tunggakan gaji selama 11 bulan pada musim lalu.

Malah para pemain dan jurulatih pasukan itu terpaksa meminjam duit daripada rakannya untuk meneruskan kehidupan seharian dengan membeli barangan kelengkapan rumah dan lain-lain.

“Saya sendiri terpaksa menebalkan muka meminjam duit daripada kawan-kawan. Nasib baik kawan-kawan ada, kalau tidak saya pun tak tahu di mana untuk mencari duit.

“Bukan saya seorang, majoriti kami langsung tak dibayar. Saya ingat apabila ada pengurusan baharu, masalah ini tak akan berlaku lagi tetapi ia masih wujud dan akhirnya kami jadi mangsa.

“Bagaimanapun, kami tetap berharap isu ini dapat diselesaikan dengan cara baik. Apa yang saya dimaklumkan, pengurusan sedang berusaha mengatasi masalah ini,” kata salah seorang pemain yang namanya dirahsiakan.

Antara barisan pemain pasukan Marcerra Kuantan FA. FOTO: Marcerra United FC

Presiden Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM), Rezal Zambery Yahya turut mengesahkan beberapa pemain Marcerra Kuantan FA ada menghubunginya mengadu tentang ketiadaan gaji mereka.

“Memang ada pemain mereka yang mengadu mengenai isu itu dan kita memandang serius kesalahan yang dilakukan kelab berkenaan terhadap pemain mereka.

“Kita kecewa dengan masalah yang berlaku. Sepatutnya apabila ada pengurusan baharu, suatu nafas baharu dapat diberikan tetapi lain pula yang jadi. Begitupun, kita tidak boleh bertindak tanpa laporan rasmi daripada pemain,” kata Rezal.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN