Pengurus Manchester City, Pep Guardiola telah memperkenalkan sistem denda baharu dan melarang penggunaan telefon bimbit di semua kawasan kerja di Pusat Latihan Kelab itu.
Perkara itu dilakukan kerana kelab itu dalam usaha untuk memastikan pemain skuad juara Liga Perdana Inggeris itu sentiasa kekal fokus dan berdisiplin.
Kawasan larangan itu termasuk sesi analisis, mesyuarat pasukan, gimnasium dan padang latihan di Akademi Bolasepak City.
https://twitter.com/City_Watch/status/1037093831399931904
Guardiola bagaimanapun membenarkan pemain menggunakan telefon mereka di dalam bilik persalinan. Larangan dan sistem denda berkenaan dibuat bagi mengekalkan tahap prestasi yang ditampilkan ketika memecahkan rekod liga musim lalu.
Antaranya ialah pemain akan didenda sekiranya datang lewat untuk latihan, dengan bek kiri, Benjamin Mendy antara pemain pertama melakukannya.
Manchester City boss Guardiola introduces ban on mobile phones https://t.co/WXKIdXcX7I pic.twitter.com/Z7Lgm3PjCM
— The Standard Digital (@StandardKenya) September 5, 2018
Dipercayai jumlah denda dipersetujui lebih awal bergantung kepada pengalaman dan gaji mereka.
Guardiola sering menekan kepentingan mengekalkan fokus musim ini bagi memastikan City menjadi pasukan pertama sejak sedekad lalu, mempertahankan kejuaraan liga Inggeris.
Pep Guardiola has banned all mobile phones at Manchester City's training ground, as he looks to maintain high standards set last season.
— Mootaz Chehade (@MHChehade) September 5, 2018
Mereka juga mensasarkan untuk mara lebih jauh dalam saingan Liga Juara-Juara musim ini dan mendapat undian mudah di peringkat kumpulan apabila diletakkan bersama-sama Hoffenheim, Lyon dan Shakhtar Donetsk.