Pemain Man Utd Lebih Selesa Belajar Daripada Cavani Dan Ronaldo Berbanding Solskjaer

Laporan dari The Telegraph telah mendedahkan tentang bagaimana lemahnya situasi Ole Gunnar Solskjaer dalam menguruskan pemain sebelum beliau secara rasminya dipecat oleh kelab.

Selepas Ole Gunnar Solskjaer dipecat, pelbagai kisah telah diceritakan tentang bagaimana kelemahan beliau dalam mengendalikan skuad.

Agak mengejutkan juga, selepas mengetahui yang isu-isu tersebut bukanlah isu kecik, namun ia sebenarnya isu besar yang mana ia jelas membuktikan Solskjaer gagal membawa peranan sebagai pengurus dengan baik.

Apa yang paling mengejutkan sekali, para pemain sebenarnya lebih selesa untuk mendapatkan nasihat dari Cristiano Ronaldo dan Edinson Cavani berbanding Ole Gunnar Solskjaer berkait taktikal.

Kedua-dua pemain veteran itu dianggap lebih penting dan berguna berbanding Solskjaer yang jelas sekali dilantik oleh kelab untuk mengendalikan para pemain.

Hal itu telah mengejutkan pimpinan kelab, dan tuan punya badan sendiri, Solskjaer turut terperanjat dengan berita tersebut.

Satu hal yang pasti, beliau dipecat dari jawatannya bukan kerana isu tersebut, sebaliknya kerana masalah prestasi para pemain dan keputusan buruk yang sering dicatatkan oleh Red Devils sejak kebelakangan ini.

Ronaldo sendiri dilaporkan terkejut melihat situasi tersebut dengan para pemain mencari beliau untuk mendapatkan rujukan seolah-olah beliaulah pengurus kelab.

Cristiano Ronaldo dilaporkan menghantar mesej kepada bekas rakan sepasukannya ketika karier pertamanya di Old Trafford untuk menceritakan tentang bagaimana sedihnya beliau melihat kejatuhan kelab pada ketika ini.

Beliau ditandatangani semula pada musim ini dalam keadaan kelab yang sedang huru-hara, jauh berbeza berbanding ketika beliau pergi meninggalkan United pada tahun 2009 yang lalu.

Cavani yang baru saja menjadi sebahagian dari keluarga Old Trafford mungkin tidak terkejut dengan hal tersebut, dan beliau juga dilaporkan selesa berkongsi pengalaman dengan pemain muda.

Ole Gunnar Solskjaer kena pecat

Selepas kekalahan memalukan 4-1 di tangan Watford kemarin, pihak kelab terus mengadakan mesyuarat tergempar untuk membincangkan tentang masa depan pengurus dari Norway itu.

Selepas lima jam mesyuarat, pimpinan kelab bersepakat untuk melepaskan Solskjaer dari menjadi pengurus kelab, dan melantik Darren Fletcher serta Michael Carrick untuk menjadi pengurus sementara.

Perkara itu telah diumum melalui laman sesawang rasmi Manchester United, manutd.com untuk makluman kepada peminat.

“Manchester United mengumumkan bahawa Ole Gunnar Solskjaer telah meninggalkan peranannya sebagai pengurus.”

“Ole akan sentiasa menjadi legenda di Manchester United dan dengan kesal kami telah membuat keputusan yang sukar ini. Walaupun beberapa minggu kebelakangan ini mengecewakan, mereka tidak sepatutnya mengaburkan semua kerja yang telah dilakukannya sejak tiga tahun lalu untuk membina semula asas kejayaan jangka panjang.”

“Ole pergi dengan iringan ucapan terima kasih yang tulus atas usaha gigihnya sebagai Pengurus dan harapan terbaik kami untuk masa depan. Tempatnya dalam sejarah kelab akan sentiasa terjamin, bukan hanya untuk kisahnya sebagai pemain, tetapi sebagai seorang lelaki yang hebat dan Pengurus yang memberi kami banyak detik hebat. Dia akan selamanya dialu-alukan kembali ke Old Trafford sebagai sebahagian daripada keluarga Manchester United.”

Michael Carrick akan menjadi pengendali dan mengambil alih pasukan untuk perlawanan yang mendatang sehingga pengurus interim dilantik sehingga penghujung musim.

“Michael Carrick kini akan mengendalikan pasukan untuk perlawanan yang akan datang, manakala kelab itu akan melantik pengurus sementara hingga akhir musim.”

Tulis Manchester United menerusi kenyataan rasmi yang dimuat naik di laman media sosial.

“Manchester United boleh mengesahkan bahawa Ole Gunnar Solskjaer telah meninggalkan peranannya sebagai Pengurus.”

“Terima kasih untuk segalanya.”

Ole Gunnar Solskjaer tidak dinafikan lagi sememangnya banyak membantu United dalam mengubah pelbagai hal terutama dalam membina skuad yang serba mantap pada ketika ini.

Beliau mungkin tidak cukup pengalaman untuk mengendalikan barisan bintang-bintang besar ini dan gagal untuk mendapatkan yang terbaik dari mereka.

Pengurus dari Norway itu akan terus kekal diingati sebagai legenda terhebat sepanjang zaman kelab sebagai pemain atas jasa dan sumbangan beliau ketika kariernya.

Sebagai pengurus, jasa beliau membawa United ke aksi perlawanan akhir Europa League musim lalu dan mengakhiri saingan Premier League dikedudukan kedua akan turut dikenang.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN