Pemain Malaysia Perlukan 3 Elemen Untuk Takluki Pentas Asia

Apa yang diperlukan pemain tempatan Malaysia sebenarnya untuk sekurangnya cuba menembusi saingan liga di luar negara, sekurangnya pentas Asia?

Mungkin itu persoalan yang sering bermain di minda pemerhati bola sepak tempatan atau para peminat selepas rata-rata yang mencuba nasib di luar negara tampil kurang menjadi.

Jika diimbas sejak bertahun-tahun lalu, bukannya kita tidak pernah didendangkan dengan berita pemain tempatan dilamar atau mencuba nasib sertai kelab dari luar negara.

Namun, ianya tampil kurang menyakinkan dengan kebanyakan kembali pulang serta gagal mendapat tempat untuk mara lebih jauh walau di pentas Asia.

Entah di mana silapnya, Malaysia masih lagi sukar untuk memasarkan pemain-pemain tempatan mereka dengan lebih ramai setiap tahun ke luar negara bagi mengembangkan lagi bakat serta karier.

Sedangkan Indonesia dan Thailand kini sibuk memasarkan pemain mereka untuk terus menyerlah di luar negara serta membawa nilai cukup positif ketika kembali bersama pasukan kebangsaan.

Menerusi perkongsian pemerhati bola sepak tempatan iaitu Leron Jannata di Facebook, beliau beranggapan pemain tempatan memerlukan tiga elemen penting jika ingin terkenal atau cemerlang sekurangnya di pentas Asia.

Menurut beliau, pemain tempatan memerlukan kualiti permainan atau berskil tinggi seperti bintang Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu Arif Aiman Hanapi, mentaliti seperti Luqman Hakim Shamsudin, serta semangat tinggi ditunjukkan oleh Brendan Gan.

“Malaysia perlukan pemain skillsful seperti Arif Aiman, mentaliti seperti Luqman Hakim dan semangat seperti Brendan Gan.

“Ada 3 benda ni, nothing can stop this player untuk terkenal di Asia sekurangnya,” jelas beliau di Facebook mengenai elemen penting diperlukan pemain tempatan.

Jika dilihat pada pandangan beliau, ianya dianggap tepat dan elemen tersebut saling memerlukan untuk mereka berjaya berada lebih lama di luar negara.

Sebagai contoh, Arif memiliki skil permainan berbeza serta dalam kelas tersendiri yang sukar untuk kita lihat pada pemain tempatan lain sehingga melayakkan beliau memegang gelaran Mr. MVP Malaysia.

Begitu juga dengan mentaliti Luqman yang enggan berada pada tahap selesa dengan dirinya memasang tekad untuk terus berada di luar negara bagi menimba sebanyak mungkin pengalaman demi membentuk jati diri selaku pemain bola sepak profesional.

Untuk Brendan Gan pula, sesetengah pemain mungkin akan berputus asa jika ditimpa kecederaan besar seperti ACL serta penyakit kanser dalam karier bola sepak.

Namun, itu tidak wujud untuk Gan yang terus bersemangat untuk bangkit selepas melawan cabaran tersebut, serta kekal relevan sebagai antara pemain tengah terbaik pernah mewakili Harimau Malaya.

Jika ketiga elemen ini digabungkan kepada seorang pemain tempatan, tidak mustahil kita dapat melihat ada bakat baharu mampu untuk melangkah lebih jauh pada masa hadapan.

Bagaimana pula pandangan anda?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN