Kebiasaannya pemain terbaik perlawanan (Man of the match) akan menerima hadiah yang bernilai (mahal). Sebagai contoh penyerang utama skuad kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha beberapa kali telah memenangi hadiah telefon bimbit jenama Honor ketika kempen Kejuaraan AFF Suzuki 2018 yang lalu.
Tetapi situasi berbeza pula terjadi pada seorang pemain terbaik perlawanan di Malawi.
Hassan Kajoke yang bermain untuk Nyasa Big Bullets telah mempamerkan aksi cemerlang bagi membantu pasukannya membelasah Karonge United TNM 5-0.
Kajoke sendiri telah menyumbat dua gol peribadi pada perlawanan terbabit sekaligus dinobatkan selaku pemain terbaik perlawanan.
Menariknya, Kajoke telah menerima hadiah berupa seekor ayam yang masih hidup berikutan prestasi cemerlang beliau.
Sememangnya hadiah yang cukup-cukup unik pernah diterima oleh seorang pemain bola sepak.
Ayam tersebut sebenarnya bukanlah dihadiahkan oleh pihak penaja liga tetapi ia telah dihadiahkan oleh seorang penyokong yang tidak dikenali.
Ayam itu juga diwarnakan dengan warna merah bagi melambangkan warna simbolik kelab gergasi Liga Super Malawi itu.
Nyasa Big Bullets seterusnya telah memuatnaik gambar Hassan Kajoke menerima ‘hadiah istimewa’ tersebut yang telah mengundang pelbagai reaksi warga netizen.
Man of the match awards in various African countries:
South Africa – 5GB of data
Zimbabwe – Crate of beer
Ghana – Pair of sandals
Botswana – Bucket of groceriesWhat would you want most? pic.twitter.com/ZsJRI2WUWK
— Ball Street (@BallStreet) January 8, 2018
Sekiranya anda adalah penyokong tersebut, apakah hadiah yang ingin anda berikan kepada pemain terbaik perlawanan?
Kongsikan di ruangan komen!
Kredit foto: Nyasa Big Bullets FC