Jurgen Klopp disaran untuk mencuba sesuatu yang baharu untuk memastikan pasukannya kembali memberikan cabaran dalam saingan Premier League.
Kini selepas mencatatkan kekalahan di laman sendiri untuk empat perlawanan berturut-turut, Gary Neville menganggap yang juara bertahan itu seperti zombi di atas padang.
Beliau yang merupakan penganalisis di Sky Sports berkata kerisauan sudah mula timbul buat pasukan Klopp yang semakin rapuh dibahagian pertahanan.
“Ianya semakin merisaukan apabila kita sedar mereka berhadapan dengan kecederaan, tiada penyokong di stadium, Covid-19 dan juga lambakan perlawanan tetapi itu sama seperti pasukan lain.”
“Apa yang dilihat disini adalah tiada perubahan, idea baharu. Mereka dilihat seperti baru ‘dibelasah’, seperti zombi di atas padang.”
Pada Neville, sudah tiba masa untuk Klopp melakukan perubahan kerana ianya tidak dilihat dalam beberapa tempoh yang lama dari pengurus tersebut.
Tetapi beliau khuatir adakah sebenarnya pengurus pernah terlintas di fikiran untuk menukar taktik dalam kepalanya.
Posisi pertahanan tengah di Liverpool ibarat lubang hitam buat pemain mereka apabila seorang lagi mangsa kecederaan menerima padah ketika beraksi di bahagian itu.
Jordan Henderson yang berpasangan dengan Ozan Kabak ketika itu mengalami kecederaan pada separuh masa pertama dan terpaksa digantikan dengan Nat Phillips.
Sebelum ini Fabinho yang bermain di posisi tersebut turut mengalami kecederaan selain Virgil Van Dijk, Joe Gomez dan Joel Matip yang sudah sedia diketipikan dari skuad.
Kekalahan Liverpool tempoh terus menambah garam di luka apabila tumbang ditangan jiran setempat Everton dengan jaringan 2-0.
Baca juga artikel kami mengenai The Reds:
5 Sebab Yang Boleh Sebabkan FSG Hilang Sabar Dan Pecat Jurgen Klopp Di Liverpool
5 Perkara Dari Kekalahan Liverpool Yang Menjadikan Everton Raja Merseyside Baharu
Wenger: “Liverpool Tak Macam Barcelona, Mereka Pasukan Yang Bagus”