Pemain Liga Sosial Gaduh Sampai Bawa Kerambit?

Saingan Liga Sosial sering kita dengar dengan pelbagai isu yang melanda terutama sekali membabitkan pergaduhan sesama pemain di atas padang sehingga menyebabkan kecederaan.

Selain itu, ada juga insiden pergaduhan yang membabitkan pemain bersama penonton di tepi padang atau turut membabitkan staf kejurulatihan sendiri sehingga menyebabkan kekecohan berlaku.

Tetapi, membawa senjata berbahaya untuk pihak lawan ketika pergaduhan dalam saingan Liga Sosial adalah suatu yang sangat tidak boleh diterima kerana ia bermain dengan nyawa.

Malangnya, perkara tersebut telah pun berlaku dalam suasana bola sepak di Malaysia kini dengan siri keganasan melampau yang membabitkan salah seorang pemain dikatakan daripada saingan Liga Sosial membawa kerambit ketika pergaduhan berlaku.

Menerusi perkongsian Aliff Akhmal di Facebook, dua foto telah pun dimuat naik dengan mempamerkan salah seorang pemain dari kelab Farouk FT telah membawa kerambit ketika terbabit dalam suatu insiden pergaduhan.

Jelas Aliff, insiden tersebut berlaku di KLFA, Melawati pada jam 12:30 malam ketika 4 Ogos lalu dengan menyatakan pemain tersebut mewakili Farouk FT.

Perkongsian tersebut jelas mendapat reaksi tidak senang dalam kalangan peminat bola sepak tempatan yang menganggap pemain tersebut tampil terlalu berlebihan.

“Nama team Farouk FT .. kerambit oi .. giler,” ujar Aliff menerusi media sosial Facebook milik beliau dan mendapat pelbagai maklum balas daripada netizen mengenai perkara tersebut.

“Jadi cita Shoulin soccer tue bukan mitos lah, mmg dlm game 100 juta punya hadiah mmg wujud,” komen GaaRa Red’s.

“Takkan lelas ni nak kena bawak kayu besball pulak dalam beg boots.. aduhh.. kalau mental tak kuat jangan main bola sepak.. main je bola koc*k,” kata Muhammad Amirul pula.

“Gila babi , kerambit simpan dalam seluar ke apa ni?” soal Arrow Plane mengenai kejadian tersebut yang dikongsikan oleh Aliff.

Selain itu, pelbagai lagi kemarahan telah dilemparkan oleh netizen yang jelas tidak berpuas hati akan sikap ditampilkan oleh individu tersebut yang dianggap mampu mengancam nyawa.

Pada pandangan kami, seeloknya pemain tersebut dilarang terus untuk bermain bola sepak dan siasatan polis perlu dibuat kerana ia boleh dikatakan sangat berbahaya, apatah lagi menggunakan senjata seperti kerambit.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN