Dilepaskan Oleh Leicester City, Pemain Muda Ini Cari Kelab Baharu Menerusi LinkedIn

Salah satu mimpi ngeri bagi pemain bola sepak terutamanya pemain muda yang baharu sahaja memulakan karier profesional mereka adalah apabila mereka dilepaskan oleh kelab mereka.

Lazimnya mereka terkapai-kapai mencari kelab baharu dan ada yang perlu memulakan semula karier mereka di liga bawahan atau di luar negara.

Situasi ini turut berlaku bagi seorang bekas pemain remaja Leicester City yang dikenali sebagai Ethan Hodby.

Jika pemain lain, mereka pastinya akan menggunakan khidmat ejen mereka untuk mencari kelab baharu.

Namun bagi Hodby, beliau menggunakan laman internet sebagai tempat untuk mencari kelab baharu buat dirinya.

Hodby menggunakan laman LinkedIn, sebuah laman sosial yang membolehkan penggunanya memuat naik portfolio kerja mereka untuk menarik perhatian majikan berpotensi.

Dalam hebahan beliau di profil LinkedIn miliknya, Hodby dengan jelas mengatakan yang beliau kini sedang mencari kelab untuk meneruskan perjalanan karier beliau dalam bola sepak.

“Saya baru sahaja berusia 19 tahun dan baru-baru ini saya telah tinggalkan Leicester City Football Club selepas 10 tahun berada di sana.”

“Saya boleh bermain di mana-mana bahagian tengah dan boleh menggunakan kedua-dua kaki dengan baik. Jadi, saya boleh beraksi sama ada di sayap kiri atau sayap kanan.”

Hodby menyatakan yang beliau tidak pernah terfikir untuk berhenti dari bermain bola sepak di usia muda.

“Saya mempunyai semangat tidak berputus asa yang kuat dan tidak pernah terlintas untuk berhenti daripada bermain bola sepak.”

“Jika ada sesiapa yang mengetahui terdapat sesi percubaan atau kelab yang memerlukan pemain baharu sila beritahu saya. Terima kasih, Ethan.”

Hebahan oleh Ethan Hodby di laman LinkedIn beliau.

Hasilnya, beliau telah menerima beberapa info mengenai sesi percubaan dari pelbagai kelab di Britain.

Hodby sebelum ini merupakan bekas pemain skuad remaja Leicester City yang beraksi di UEFA Youth League sebelum ini.

Semoga beliau berjaya mencari kelab baharu untuk dirinya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN