Pasukan Liga Premier, Kuala Lumpur telah kini telah melancarkan jersi baharu mereka bagi saingan musim 2020 di perkarangan Pavilion di tengah-tengah kota raya itu.
Namun begitu, apa yang menarik perhatian adalah gambar-gambar yang berjaya ditangkap pada majlis pelancaran tersebut.
Pemain-pemain skuad Kuala Lumpur hari ini benar-benar jadi seperti ‘budak Pavi’ apabila bergambar seperti muda-mudi di ibu kota yang gemar menjadikan Pavilion sebagai tempat untuk berlepak.
Malah ianya turut diakui oleh pemain tengah mereka iaitu Akram Mahinan!
Dalam cicipan beliau di Twitter, beliau memuat naik gambar dengan tulisan “Budak KL”. Kali ini, gambarnya memang benar-benar tunjukkan mereka seperti ‘budak Pavi’!
Pada penulis, KLFA sememangnya menepati tema sebagai pasukan yang hadir dari ibu kota dengan mengadakan majlis pelancaran jersi di lokasi yang sinonim dengan penduduknya.
Ia sedikit sebanyak bertepatan dengan identiti pasukan dan mampu menarik tumpuan ramai warga kota untuk mengikut mereka selepas ini.
Majlis pelancaran jersi Kuala Lumpur edisi 2020 dirasmikan oleh Presiden KLFA, Khalid Samad.
Jersi Kuala Lumpur keluaran Puma diperagakan dengan merah sebagai jersi pertama dengan biru gelap sebagai jersi kedua.