Pemain bola sepak profesional dari Kenya, David Agesa Amuzu terpaksa menghadapi detik sukar beliau di Malaysia selama beberapa hari selepas menjadi mangsa penipuan ejen palsu.
Menerusi perkongsian dibuat oleh laman FIFPRO, Amuzu yang baharu saja menamatkan cabaran liga di Kenya bersama Nairobi City Stars telah ditawarkan kontrak yang lumayan bersama salah satu kelab di Malaysia oleh ejen palsu tersebut.
🇰🇪👉🇲🇾 Kenyan footballer Davis Agesa Amuzu was offered promising a professional opportunity in Malaysia.
😵 Instead, he was cheated by a fake agent, and stuck abroad for four months.@FIFPROAfrica | #FakeAgents
— FIFPRO (@FIFPRO) October 11, 2023
Penyerang itu terlebih dahulu diperkenalkan kepada seseorang dari Ivory Coast yang mengakui beliau merupakan ejen dan cuba membantu pemain tersebut menyertai kelab profesional di Malaysia.
Walaupun tidak dinyatakan kelab bakal disertai, pemain tersebut sangat berminat dan berharap impian beliau beraksi di luar negara menjadi kenyataan dalam misi keluarganya menyara wang.
Lebih malang, Amuzu juga percaya kepada ejen palsu tersebut walaupun sekadar berbincang menerusi media sosial dan telah menyediakan semua yang diperlukan untuk ke Malaysia termasuk membayar kepada individu tersebut sebanyak €4000 sebagai yuran.
Setibanya di Malaysia, episod malang mula berlaku kepada pemain tersebut selepas rakan ejen yang sepatutnya menyambut beliau tidak tiba dan Amuzu juga gagal menghubungi mereka.
Pemain kelahiran Kenya itu juga terpaksa menginap di hotel selama beberapa malam sebelum menjadi gelandangan kerana sudah kehabisan wang.
Menyedari masalah yang melanda Amuzu sehingga pemain berimpian besar itu terpaksa menjadi gelandangan kerana menjadi mangsa penipuan, FIFPRO Afrika bersama Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) hadir bersama untuk mengadakan perbincangan mengenai isu tersebut.
Kecewa dengan situasi melanda, Amuzu turut mengeluarkan kenyataan supaya berhati-hati selepas ini untuk mengenal pasti ejen sebenar dan palsu supaya tidak terkena seperti dirinya.
Sebelum itu, bekas penyerang Chelsea iaitu Didier Drogba juga turut mengeluarkan kenyataan tentang risiko pemain bola sepak untuk menjadi mangsa kepada penipuan ejen palsu.
Drogba turut menggariskan tiga panduan kepada pemain untuk mengelakkan mereka turut menjadi mangsa penipuan kepada ejen palsu seperti dialami Amuzu.
🛑 @FIFPROAfrica, the @DidierDrogba Foundation and the @ILO have teamed up to raise awareness about the risks of dealing with fake agents.https://t.co/zDvmPZpxi5
— FIFPRO (@FIFPRO) October 11, 2023
1.Mendapatkan pengesahan ejen berdaftar bersama persatuan bola sepak atau lesen daripada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) bermula Oktober 2023.
2.Jangan sesekali membuat sebarang pembayaran kepada ejen sebelum menandatangani kontrak bersama kelab disertai.
3.Tidak menandatangani sebarang perjanjian bersama ejen sebelum mendapatkan nasihat undang-undang.
Semoga ini juga menjadi panduan berguna buat para pemain tempatan agar mereka lebih berwaspada untuk tidak menjadi mangsa penipuan kepada ejen palsu tatkala sedang mengejar harapan tersendiri.