Pemain Kedah Tak Ada Tempat Untuk Jalani Sesi Latihan?

Kedah Darul Aman (Kedah) dilaporkan terus mengalami nasib yang malang walaupun tahun 2025 baru membuka tirai hari ini, apabila mereka tidak dibenarkan menjalani sesi latihan di tempat kebiasaan atas masalah tunggakan sewa.

Umum mengetahui Stadium Sultan Abdul Halim menjadi lokasi rasmi untuk Sang Kenari menjalani latihan sebelum ini sejak sekian lama sehingga kadangkala ia turut menjadi tumpuan peminat untuk hadir melihat para pemain kesayangan mereka di sana.

Walaupun begitu, persoalan sudah tentu timbul kini untuk mengetahui di mana sesi latihan terbaharu akan dijalankan setelah laporan Kosmo menyatakan kem Sang Kenari tidak dibenarkan lagi berada di sana.

Malah, pasukan itu juga dikatakan masih belum memutuskan lokasi sesi latihan terbaharu walaupun ia bakal bermula kembali esok setelah mereka berehat hari ini.

“Selama beberapa hari kebelakangan ini pun, kami bukannya berlatih di tengah-tengah padang sebaliknya di belakang tiang gol saja kerana kawasan itu dikatakan percuma.

“Namun, semalam difahamkan, kami tidak lagi boleh berlatih di stadium tersebut kerana tunggakan hutang yang terlalu besar.

“Setakat ini para pemain sendiri pun tak tahu di mana kami akan berlatih esok. Mungkin kami akan berlatih di padang Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) atau padang Peremba, tetapi hingga kini, belum ada kepastian berhubung perkara itu,” kata sumber kepada Kosmo.

Nasib Pemain Kedah Lebih Teruk Berbanding Pekerja Asing

Lebih menyayat hati, jumlah kehadiran pemain Kedah yang menjalani sesi latihan semalam juga tidak lengkap apabila pasukan itu masih mengalami isu tunggakan gaji cukup besar untuk diselesaikan.

Pada masa sama, laporan turut menyatakan pihak pengurusan kelab masih berusaha kini untuk menyelesaikan masalah tunggakan gaji kepada pemain untuk tempoh dua atau tiga bulan tidak lama lagi.

“Kami dimaklumkan begitu tetapi sama ada perkara itu akan jadi kenyataan, kami tak tahu. Sudah banyak kali mereka berjanji hendak membayar gaji tetapi akhirnya, tak ada juga,” kata sumber tersebut akhir sekali.

Sehingga kini, Kedah kekal menjadi antara kelab yang terpalit dengan isu tunggakan gaji dan mengalami masalah kewangan cukup besar dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2024/2025.

Selain isu tunggakan gaji, pasukan itu juga tidak mempunyai penaja utama selain dibebani pelbagai perkara sehingga persiapan dilakukan juga sedikit sendu.

Malah beberapa pemain utama juga mengambil keputusan awal meninggalkan kelab tersebut seperti Kalamullah Al-Hafiz yang kini menyertai Selangor selain Sony Norde serta Habib Haroon juga tidak bersama pasukan itu lagi.

Sumber:
KOSMO

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN