Pemain Kebangsaan Vietnam Bakal Sertai Gergasi Merah?

Ketua jurulatih Selangor, B. Satiananthan mengesahkan pemain kacukan Vietnam dan Republik Czech, Michal Nguyen berada dalam radar pasukan itu untuk mengisi kuota pemain import Asean dalam saingan Liga Malaysia 2019.

Pemain yang berusia 29 tahun itu beraksi di posisi pertahanan dan beliau kini berada dalam pemerhatian Satiananthan untuk diuji bersama calon pemain import yang lain.

“Jika mereka mampu mewujudkan persefahaman dan etika permainan yang baik, saya pasti akan memilih mereka.

“Namun, segalanya masih belum pasti. Terdapat beberapa pemain yang akan menjalani sesi ujian bersama kami.

“Kami perlu memastikan corak permainan mereka bersesuaian dengan pasukan,” kata Satiananthan dalam Stadium Astro.

Michal Nguyen beraksi dengan kelab Thailand, Air Force Central musim lepas.

Michal kini “free agent” selepas dilepaskan oleh kelab liga divisyen 1 Thailand, Air Force Central. Beliau juga mempunyai pengalaman beraksi dengan kelab Becamex Binh Duong selama 4 tahun.

Bagaimanapun, beliau tidak terpilih mewakili Vietnam ketika dalam saingan Piala Suzuki AFF bulan lepas dan hanya mempunyai 2 penampilan bersama pasukan negaranya termasuk ketika beraksi dalam saingan kelayakan Piala Dunia tahun lepas.

Endrick Dos Santos sah milik Selangor ?

Sementara itu, Satiananthan tidak menolak kemungkinan akan menandatangani bekas pemain tengah Felcra FC, Endrick Dos Santos, sebagai pemain import baru bagi mengisi tempat pemain tengah dari Indonesia, Evan Dimas yang tidak dilanjutkan kontrak.

“Saya dapati dia (Dos Santos) merupakan pemain yang baik.

“Dia mempunyai keupayaan untuk menghasilkan hantaran yang baik. Dia pasti akan memberikan impak yang positif kepada pasukan kami.

“Usianya juga baru mencecah 23 tahun dan saya sukakan tenaga muda seperti itu. Dia mampu memberikan tenaga baru dalam pasukan ini,” katanya.

Setakat ini, Selangor hanya mengekalkan seorang pemain import iaitu penjaring terbanyak Liga Super 2018, Rufino Segovia.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN