Pemain Kebangsaan Tajikistan Bakal Sarung Jersi PKNP FC?

Pemain pertahanan skuad kebangsaan Tajikistan, Siyovush Asrorov dilihat berjaya memikat barisan kejurulatihan PKNP FC ketika diuji dalam aksi persahabatan menentang Perlis di Stadium Universiti Malaya kelmarin.

Asrorov merupakan antara tonggak utama skuad kebangsaan Tajikistan dan memiliki 35 kaps di peringkat antarabangsa. Pemain yang berusia 27 tahun ini beraksi dengan kelab Istiklol FC musim lalu dan membantu kelab itu menjuarai Liga divisyen 1 Tajikistan.

Dalam perlawanan persahabatan yang berkesudahan 3-3 itu, pengendali PKNP FC, Abu Bakar Fadzim memuji prestasi Asrorov yang dilihat bergandingan baik dengan Syukri Hamid sebelum dikeluarkan gara-gara mengalami kecederaan buku lali.

Menurut Abu Bakar, pemain tersebut menepati ciri-ciri pemain import yang diperlukan dan kemungkinan akan menandatangani pemain itu dalam masa terdekat.

“Saya gembira dengan persembahannya. Dia menepati keperluan pasukan,” katanya dalam Stadium Astro.

Aksi Asrorov ketika menentang Perlis dalam perlawanan persahabatan. FOTO: PKNP FC

Dengan kehadiran Asrorov itu bererti PKNP FC sudah mempunyai khidmat dua pemain import selepas mengikat pemain Ghana yang mempunyai reputasi sebagai pemain terbaik Liga Ghana, Tommy Abbey yang beraksi di bahagian tengah.

Bagi mengisi dua lagi slot pemain import di bahagian serangan, Abu Bakar mendedahkan mereka sedang menguji beberapa pemain dari benua eropah dan afrika.

“Kami telah mencuba pemain dari Perancis, Nigeria dan Jerman dan akan meneliti kebolehan mereka dalam latihan dan perlawanan akan datang ketika bertemu Felda United, Sabtu ini,” katanya.

Mengenai prestasi muka baharu pemain tempatan, Abu Bakar juga berpuas hati dengan persembahan Hafiz Kamal dan Hafiz Ramdan yang diturunkan dalam perlawanan itu.

“Bagi pemain yang sudah berehat panjang, kedua-dua pemain berpeluang menunjukkan kemampuan tinggi masing-masing.

“Mereka tampak yakin dalam pergerakan dan hantaran biarpun beraksi dalam tempo permainan yang tinggi dan kompetitif,” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN