Pemain Berdarah Kacukan Stuart Wark Semakin Hampir Sertai TFC

Persiapan pasukan Terengganu FC (TFC) untuk musim Liga Malaysia (Liga-M) 2020 nampaknya semakin rancak selepas mereka dikhabarkan akan mengikat pemain berdarah kacukan Malaysia Scotland, Stuart James Wilson Wark untuk memperkuatkan pasukan.

Pemain tengah berusia 30 tahun itu bukanlah asing dalam kalangan peminat bola sepak tempatan memandangkan beliau telah pun berkelana di beberapa pasukan di negara ini bermula dengan Johor Darul Ta’zim II kemudian Sabah, Felda United, Pulau Pinang dan yang terakhir bersama PDRM pada musim lepas.

Memetik laporan Berita Harian, Ketua Jurulatih TFC, Nafuzi Zain menjelaskan Wark telah mula menjalani latihan bersama skuad Penyu sejak awal minggu lepas dan prestasinya ketika ini memuaskan barisan jurulatih yang diketuainya.

Beliau memuji semangat pemain berbadan tegap itu sepanjang sesi penilaian dan menyifatkannya sebagai pemain serba boleh dan berupaya untuk membantu pasukan serta membimbing pemain-pemain muda terutamanya.

Nafuzi bagaimanapun tidak mahu terburu-buru mengikat Wark kerana beranggapan pemain berkenaan memerlukan masa dan beliau masih mahu melihat prestasi sebenarnya sebelum membuat penilaian akhir.

“Beberapa hari lagi kami akan buat keputusan mengenai pemain itu dan berkemungkinan besar dia (Wark) ada peluang untuk bersama dengan pasukan TFC musim ini.

“Lagipun dia (Wark) pemain yang serba boleh dan mampu beraksi di semua posisi dan ia memberikan kelebihan serta bonus kepada pasukan,” kata Nafuzi ketika ditemui selepas TFC membelasah pasukan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) 10-0 dalam aksi pemanas badan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam tadi.

Wark yang pernah beraksi dengan kelab Scotland dan Australia sebelum ini pernah dimasukkan dalam senarai 36 pemain yang dipanggil oleh pengendali skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe untuk menjalani latihan bersama skuad kebangsaan pada Mac 2018.

Kredit Foto: Terengganu FC

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN