Pemain Kacukan Malaysia-Finland Ini Curi Tumpuan Jadi MOTM Aksi UECL

Nooa Laine

Musim bola sepak di Eropah sudah pun bermula dengan bagi sesetengah pasukan, mereka perlu mengharungi perlawanan kompetitif lebih awal berbanding kelab-kelab lain.

Sebagai contoh, kelab Finland iaitu SJK Seinajoki telah pun memulakan musim baharu mereka dengan aksi kelayakan UEFA Europa Conference League (UECL).

Apa yang menarik mengenai penglibatan Seinajoki dalam perlawanan kelayakan UECL itu adalah persembahan cemerlang yang dipamerkan oleh pemain kacukan Malaysia-Finland iaitu Nooa Laine.

Laine yang beraksi sebagai pemain tengah menyerang, mempamerkan aksi yang cukup berkualiti ketika mereka menentang FC Flora yang merupakan kelab dari Estonia.

Perlawanan antara kedua-dua pasukan ini berakhir dengan kemenangan memihak Flora dengan jaringan 1-0 hasil gol daripada Martin Miller pada minit ke-21.

“Pemain yang paling mencuri tumpuan pada perlawanan ini adalah Nooa Laine yang beraksi cukup baik di bahagian tengah SJK Seinajoki,” tulis laman rasmi SJK Seinajoki di Facebook.

Walaupun tewas, tetapi Laine dan Seinajoki masih lagi mempunyai peluang untuk menonjolkan aksi mereka dalam perlawanan timbal balik yang berlangsung di laman sendiri.

Pemenang antara kedua-dua pasukan ini akan memperoleh tempat ke pusingan kedua kelayakan UECL.

Siapa Nooa Laine?

Nooa Laine merupakan seorang pemain berdarah kacukan Malaysian-Finland yang beraksi di saingan utama Finland.

Berusia 18 tahun, Laine bermain di bahagian tengah menyerang telah menarik perhatian penyokong bola sepak Malaysia selepas mengetahui status kacukannya ini.

Laine bukanlah pemain biasa-biasa di kelabnya, malahan rekodnya cukup baik hinggakan beliau kini sudah pernah mewakili skuad B-17 Finland.

Kontrak Laine bersama-sama Seinajoki akan berakhir pada akhir tahun ini namun kelabnya ada pilihan untuk melanjutkan tempoh itu kepada setahun lagi.

Sehingga kini, pihak Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) belum ada menunjukkan ura-ura cuba mendapatkan pemain ini untuk dibawa ke skuad kebangsaan.

Namun akan ada sedikit tugasan yang perlu dilakukan oleh FAM untuk memastikan Laine mewakili Harimau Malaya iaitu mengubah status kewarganegaraannya terlebih dahulu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN