Pemain Ini Raih Medal Kejuaraan La Liga & Bundesliga Dalam Satu Musim

Alvaro Odriozola

Kebiasaannya seorang pemain hanya akan memenangi satu kejuaraan liga dalam satu musim, tetapi lain pula ceritanya buat bek kanan kelahiran Sepanyol, Alvaro Odriozola apabila beliau telah memenangi dua medal kejuaraan liga pada musim ini.

Bagi yang tidak mengetahui, Odriozola adalah merupakan pemain Real Madrid di mana beliau telah dipinjamkan ke Bayern Munich pada jendela perpindahan musim sejuk lalu.

Selain telah menjulang trofi Bundesliga tempoh hari, beliau sebelum itu turut pernah membuat empat penampilan ketika menyarung jersi Los Blancos pada musim ini.

Keadaan itu secara tidak langsung menyaksikan beliau juga layak untuk menerima medal kejuaraan yang dimiliki oleh pemain-pemain Real Madrid. Satu pencapaian hebat buat beliau meskipun tidak diberikan peluang minit perlawanan yang diharapkannya ketika di Allianz Arena.

Turut meraikan kejayaan Real Madrid menjulang trofi La Liga buat kali ke-34, Odriozola telah memuatnaik ucapan tahniah menerusi satu ciapan di laman Twitter peribadinya sebaik sahaja skuad bimbingan Zinedine Zidane itu dinobatkan selaku juara liga.

Selain itu, pemain yang telah menikmati kaps antarabangsa bersama Sepanyol itu turut berjaya menjulang piala DFB-Pokal selepas Bayern Munich menewaskan Bayer Leverkusen pada perlawanan akhir.

Embed from Getty Images

Walaupun tidak banyak diberikan peluang beraksi, kelab Bavaria itu telah melanjutkan tempoh pinjaman Odriozola sehingga tamat persaingan Liga Juara-Juara Eropah.

Ini bermakna, Odriozola berpeluang untuk menjulang satu lagi piala serta memiliki medal kejuaraan sekiranya Bayern Munich mampu muncul juara saingan paling berprestij di Eropah tersebut.

Kredit featured image: Bayern Munich

Baca artikel lain dari kami mengenai Odriozola dan Bayern Munich:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN