Shin Tae-yong bukan lagi satu nama asing dalam bola sepak Asia Tenggara kini, apabila kecemerlangan beliau berjaya mengangkat kembali mutu permainan skuad kebangsaan Indonesia.
Perkara itu malah diakui sendiri oleh rata-rata pemain skuad kebangsaan yang menyanjungi pengendali dari Korea Selatan itu dalam menaikkan mutu permainan mereka menjadi lebih baik dan kembali mencabar pasukan-pasukan kuat.
Malam ini sebanyak 34 pemain Timnas Indonesia U-20 & beberapa official pelatih akan pergi ke Turki untuk TC disana jelang Piala Dunia U-20 di Indonesia 2023 nanti. Rencananya skuat asuhan Shin Tae Yong ini akan ke Turki terlebih dahulu sebelum ke Spanyol. Safe flight boys!!! 🛫 pic.twitter.com/kDxkcs9NMD
— Indonesia (@SeleccionINA) October 15, 2022
Antara yang menghamburkan pujian ialah pemain muda meningkat naik iaitu Hokky Caraka yang menyifatkan Tae-yong sebagai seorang wira dalam bola sepak mereka.
Pujian itu diberikan oleh Hokky setelah beliau menggagumi dengan segala hasil kerja diberikan oleh jurulatih itu selain membawa skuad Indonesia bawah 20 (B-20) melayakkan diri secara merit ke Piala Asia 2023.
Segala pencapaian tersebut berjaya diraih dalam masa singkat dan Hokky percaya skuad kebangsaan tersebut akan terus meningkat selagi bersama era kejurulatihan Tae-yong.
“Shin Tae-yong boleh disifatkan sebagai seorang wira perang. Belum pun sampai dua tahun beliau bersama Indonesia sudah ada dua pasukan melayakkan diri ke Piala Asia.
“Bayangkan kalau beliau terus kekal bersama kami untuk tempoh lima atau 10 tahun lagi, kemungkinan besar kami akan beraksi dalam saingan Piala Dunia,” jelas Hokky menerusi Bola.com.
Hokky Caraka Sebut Shin Tae Yong Pahlawan Perang Indonesia https://t.co/a4yYNhnhxb
— CNN Indonesia (@CNNIndonesia) October 15, 2022
Sebelum ini, Tae-yong telah membuat satu pengumuman mengejutkan, apabila beliau mengatakan dirinya mungkin akan mengundur diri daripada melatih skuad Indonesia.
Perkara ini diluahkan oleh beliau kerana Tae-yong sedia mengikut jejak langkah Ketua Umum Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI), Mochamad Iriawan untuk meletak jawatan.
“Pada pendapat saya, jika Ketum PSSI perlu bertanggungjawab atas segala perkara yang terjadi kini dengan mengundur diri, maka saya pun akan buat perkara sama,” ulas beliau menerusi Instagram.
Kenyataan tersebut dianggap sebagai suatu kejutan buat para penyokong Sang Garuda, dan rata-rata agak kecewa dengan apa diluahkan oleh pengendali tersebut.
Ketika ini, Tae-yong masih lagi memberikan fokus sepenuhnya bersama skuad B-20 untuk menyediakan barisan pemain terbaik bagi kejohanan seterusnya.
Pada masa terdekat, skuad tersebut juga dikhabarkan bakal membuat kem latihan pusat di Eropah dengan beberapa negara menjadi pilihan seperti Turki dan Sepanyol.
https://twitter.com/bb_sports_id/status/1582051570518491137?s=21&t=q63QkkRjrdUWPtgy-LWNog
Kem latihan pusat itu dibuat sebagai persediaan untuk mereka menghadapi saingan Piala Asia B-20 2023 dan Piala Dunia B-20 2023, dengan 34 pemain tersenarai menjalani latihan bersama.