Pemain Harimau Malaya Mana Paling Menyerlah Sewaktu Berdepan Bahrain?

Aksi kedua Piala Asia 2023 peringkat Kumpulan E membabitkan Harimau Malaya menentang Bahrain telah pun tamat dua hari lalu, dengan keputusan tidak memihak buat pasukan kebangsaan menerusi kekalahan 0-1.

Pada aksi tersebut, Malaysia tampil dengan corak permainan lebih menyakinkan berbanding ketika mereka bertemu Jordan pada perlawanan awal lalu menerusi siri serangan lebih terbuka serta tentangan sengit mampu diberikan Harimau Malaya kepada Bahrain.

Hanya satu jaringan pada minit akhir menerusi tonggak serangan Bahrain iaitu Ali Madan sahaja memisahkan keputusan tersebut untuk terus menyaksikan Malaysia kempunan sebarang mata dan jaringan di Qatar.

Kedudukan semasa kini juga menyaksikan skuad kendalian Kim Pan-gon berada di tangga terakhir dan peluang untuk mereka mara ke pusingan 16 terbaik sudah pun tertutup.

Walaupun mencatat kekalahan semalam, beberapa pemain kebangsaan dianggap tampil begitu menonjol dan layak diberi pujian atas penampilan dilakukan mereka ketika berdepan Bahrain.

Berikut merupakan tiga pemain Harimau Malaya pilihan kami yang dianggap tampil begitu menonjol sepanjang saingan itu berlangsung.

Dion Cools

Pertahanan utama kebangsaan ini terus tampil menyakinkan sejak wisel awal permainan dibunyikan menerusi kualiti dipamerkan beliau untuk menyerap segala siri serangan lawan.

Bahrain boleh dikatakan sukar untuk memperoleh sebarang peluang berbahaya dari bahagian tengah pertahanan negara kerana ketangkasan Cools sendiri yang cepat menutup ruang dengan bacaan bola beliau sangat tepat.

Malah, Cools sendiri begitu rajin membantu situasi serangan negara serta memiliki satu peluang di harapan gol menerusi rembatan beliau di separuh masa pertama dalam petak penalti Bahrain.

Arif Aiman Hanapi

Penyerang muda negara ini kembali berada dalam prestasi sebenar beliau selepas tampil agak kurang konsisten pada perlawanan pertama lalu ketika menentang Jordan.

Untuk aksi semalam, Arif berjaya mempamerkan kelincahannnya untuk mengetepikan pertahanan lawan menerusi kombinasi permainannya bersama Paulo Josue serta Faisal Halim.

Malah, pemain ini juga memiliki dua kali peluang keemasan pada aksi tersebut untuk mencatat nama selaku penjaring gol buat pasukan kebangsaan.

Faisal Halim

Sumbangan Faisal pada aksi ini di posisi tengah serta serangan negara begitu besar, selepas beliau menjadi antara pemain paling rajin bergerak untuk mendapatkan bola serta mencetuskan siri serangan.

Kelincahan serta kepantasan Faisal digunakan begitu baik pada perlawanan ini untuk mengatasi pertahanan lawan serta membuka ruang buat pemain lain mencipta sesuatu di hadapan gol.

Satu cetusan hantaran beliau kepada Paulo Josue boleh dianggap sangat berkualiti sebelum pemain naturalisasi itu membuat umpanan ke dalam petak penalti kepada Arif Aiman.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN