Pemain gantian ke-4 akan mula digunakan di England menerusi pertandingan FA Cup.
Ia akan mula digunakan bermula dari peringkat suku akhir hingga ke separuh akhir dan akhir.
Peraturan ini boleh dikatakan sebagai ganti kepada perubahan format pertandingan yang ditukar dengan jika perlawan berakhir dengan seri, perlawanan akan terus ke masa tambahan dan sepakan penalti bermula dari suku akhir.
Format pemain gantian ke-4 ini telah dilakukan di Copa America, dan kini FA Cup akan mula menggunakan peraturan tersebut.
Prestij dijaga
Menurut pegawa FA England iaitu Martin Glenn, tujuan pelaksanaan peraturan pemain gantian ke-4 ini bertujuan untuk menjaga prestij kejohanan ini.
“FA Cup terkenal dengan tradisi mereka sejak bertahun lamanya. Namun kami mahu memastikan kejohanan ini tetap segar dan juga relevan buat semua yang menontonnya di seluruh dunia.”
Peraturan ini bagaimana pun masih lagi dalam tempoh percubaan. Dan ia akan berikan kesan kepada teknikal permainan bola sepak.
“Dengan pemansuhan format perlawanan ulangan bermula dari suku akhir, pemain gantian ke-4 ini dijangka akan beri kesan kepada permainan terutamanya ketika masa tambahan.”
“Ia juga akan menyaksikan bagaimana pengurus setiap pasukan menggunakan pemain gantian ke-4 itu sebagai pemain yang akan memberikan impak kepada perlawanan.”
Peraturan pemain gantian ke-4 ini hanya boleh diguna pakai sekiranya perlawanan memasuki fasa masa tambahan.
Baca juga: Pemain Brazil Ini Disuruh Balik Kampung Selepas Jadi Mangsa Serangan Perkauman Di Serbia