Pemain Everton, Ancelotti Setuju Penangguhan Gaji Sehingga 50%

Everton Ancelotti

Semua pemain skuad utama Everton bersetuju untuk membuat penangguhan gaji sehingga 50 peratus untuk tempoh tiga bulan sebagai langkah penjimatan kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu dalam menghadapi krisis kewangan ekoran pandemik COVID-19.

Sumber dari BBC itu juga menyebut, pengurus kelab, Carlo Ancelotti dan semua staf kejurulatihan lain juga telah bersetuju untuk menangguhkan gaji mereka dengan pengurangan sehingga 30 peratus.

Secara ringkasnya semua kelab EPL yang tidak menjalani sebarang perlawanan sejak pertengahan Mac lalu sedang mengalami kerugian besar selepas kehilangan beberapa sumber pendapatan seperti penajaan dan wang hak penyiaran.

Apabila liga bersambung pada 17 Jun ini secara tertutup tanpa kehadiran penyokong, pihak kelab tidak dapat menjana keuntungan yang biasanya diperoleh semasa hari perlawnan seperti kutipan tiket, jualan barangan dan katering.

Pengarah Eksekutif Everton, Denise Barrett-Baxendale dalam kenyataannya melahirkan penghargaan buat semua pemain dan staf yang menunjukkan sikap integriti dan penghormatan mereka buat pasukan dalam menghadapi tempoh sukar yang sedang dihadapi ketika ini.

“Mewakili pihak lembaga pengarah kelab, saya mahu menzahirkan rasa terima kasih kepada semua yang terlibat membantu keluarga ini dalam mendepani tempoh yang amat mencabar ini.

“Sebagai tanda dan semangat kebersamaan dalam sebauh kelab, saya boleh mengesahkan semua pemain, staf kejurulatihan, ahli lembaga pengarah dan barisan eksekutif telah pun menyatakan sokongan mereka untuk melindungi kepentingan kelab.”

https://twitter.com/Everton/status/1270449526277455873?s=20

Tidak terkecuali, penyokong setia The Toffees yang bersolidariti menyumbang £400,000 dengan tidak mengambil  pulangan semula wang tiket bermusim dan keahlian.

Untuk perlawanan pertama apabila EPL bersambung, Everton akan menanti ketibaan Liverpool di Goddison Park pada 21 Jun ini untuk Derbi Marseyside.

Majlis perbandaran Liverpool akan bermesyuarat pada Isnin ini untuk menentukan adakah pertembungan setempat itu boleh diadakan di stadium tersebut.

Barrett-Baxendale juga mengingatkan semua penyokong setia pasukan itu agar tidak berkumpul di luar stadium dan hanya menonton perlawanan tersebut menerusi siaran langsung televisyen di rumah masing-masing.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Everton:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN