Kerana Ugut Mahu Bunuh Pengadil, Pemain Ini Digantung Bermain Selama Setahun

Semalam kami ada melaporkan berita mengenai persatuan pengadil di Mexico melancarkan mogok kerana mahu memberikan mesej kepada pemain untuk sedar yang mereka perlu hormat akan pengadil.

Hal ini berlaku, pengadil memberikan kad merah kepada 2 pemain dalam aksi Copa MX.

Kedua-dua pemain yang bernama Pablo Aguilar dan Enrique Trivero dibuang padang itu kemudiannya bertindak liar dengan memberikan amaran kepada pengadil sambil mengugut untuk membunuh pengadil tersebut.

FA Mexico bagaimana pun telah menggantung kedua-dua pemain tersebut dengan. Aguilar menerima penggantungan 10 perlawanan. Manakala Trivero menerima penggantungan 8 perlawanan.

Namun persatuan pengadil tidak berpuas hati dengan tindakan 2 pemain itu lalu melancarkan mogok ketika perlawanan Liga MX minggu lalu.

Gantung setahun

Demi memastikan perjalanan liga berjalan lancar, pihak FA Mexico telah ‘memujuk’ persatuan pengadil untuk kembali mengadili perlawanan di Mexico.

Mereka telah membuat keputusan untuk menggantung kedua-dua pemain itu selama setahun.

Hukuman berat itu ditambah lagi dengan kedua-dua pemain bakal dikenakan denda oleh pihak FA Mexico.

Ini merupakan satu tindakan drastik yang dilakukan oleh mereka untuk memastikan liga berjalan lancar.

Apa pandangan anda mengenai keputusan FA Mexico ini?

Baca juga: Perlawanan Liga Mexico Terpaksa Dibatalkan Selepas Pengadil Lakukan Mogok

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN