Pemain Celtic Ini Digantung Tiga Perlawanan Kerana Menggenggam ‘Telor’ Pemain Rangers

Kelab Scotland, Celtic sangat kecewa dengan hukuman penggantungan tiga perlawanan yang dikenakan ke atas Ryan Christie selepas didapati bersalah kerana memicit kemaluan pemain Rangers, Alfredo Morelos.

Pemain antarabangsa Scotland berusia 24 tahun itu sebelum ini didakwa atas kesalahan berkelakuan ganas ketika Celtic tewas 2-1 kepada Rangers pada 29 Disember lepas.

Proses pendengaran yang dibuat pada Isnin telah memutuskan hukuman gantung dua perlawanan dengan tambahan satu perlawanan lagi kerana pemain Celtic berkenaan pernah menerima kad merah ketika berdepan Livingston sebellum ini.

Pendahulu Liga Scotland itu berkata dalam kenyataannya, hukuman tersebut menimbulkan kegusaran di atas “keputusan yang tidak konsisten.”

Christie akan terlepas perlawanan Piala Scotland berdepan Patrick Thistle dan dua perlawanan liga menentang Kilmarnock dan Ross County pada bulan ini.

Bagaimanapun, pemain tengah itu dilaporkan memang tidak cergas untuk bermain dalam semua perlawanan tersebut kerana akan menjalani rawatan pangkal peha selepas mengalami kecederaan dalam perlawanan ‘Old Firm’ pada penghujung 2019 tempoh hari.

Christie telah dilayangkan kad kuning oleh pengadil, Kevin Clancy pada awal perlawanan, beliau bagaimanapun terselamat dari hukuman lebih berat di atas insiden melibat penyerang Rangers, Morelos semasa perlawanan berlangsung.

Pada awal tahun lepas, Celtic turut menyatakan Christie telah menjadi mangsa kekasaran dalam situasi yang hampir sama – juga melibatkan Moreles -tetapi pemain Columbia itu tidak menerima apa-apa hukuman.

Celtic kemudian mempertikaikan tahap konsistensi Persatuan Bola Sepak (FA) Scotland yang menurut mereka sangat pantas bertindak menghukum pemain Celtic tetapi tidak kepada Moreles di atas insiden yang sama dan beberapa iniden lain sebelum ini.

“Kami telah pun berhubung dengan FA Scotland mengenai kebimbangan kami. Semua pasukan bola sepak Scotland sewajarnya menerima proses hukuman yang adil dan konsisten.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN