Beberapa Pemain Bola Sepak Berada Di Dalam Radar SPRM!

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Azam Baki mendedahkan ada beberapa nama pemain bola sepak berada dalam radar SPRM.

Dipetik dari sumber Bernama, Datuk Azam Baki berkata:

“Saya akui ada nama tertentu dan sekiranya kami dapat keterangan (bukti), kami akan ambil tindakan. Ini amaran kepada kamu semua (pemain) lebih baik berhenti.”

“Terdapat sesetengah orang (pemain) mungkin SPRM tidak boleh kesan, tetapi sekali kita tahu, kita akan menyiasat dan implikasinya selepas itu ialah kamu boleh dilarang (bermain) seumur hidup.”

“Ia tidak berbaloi kepada pemain atau persatuan mereka,”

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Ikrar Bebas Rasuah Bersama SPRM oleh Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) Selasa lalu.

PAFA telah mengambil langkah positif dalam isu intergriti demi untuk menangani gejala rasuah sepertimana yang dilakukan FAS (Selangor) sebelum ini.

Langkah yang mendapat pujian daripada SPRM. Seramai 380 orang pemain bola sepak dan pegawai PAFA berikrar untuk bebas daripada rasuah.

Beliau turut memberitahu, berdasarkan data risikan SPRM, satu sebab gejala rasuah berlaku dalam arena bola sepak adalah kerana mendapat desakan daripada ‘bookie’.

“Bookie ini akan cuba mendekati dengan pelbagai cara. Oleh sebab itu pemain harus menjauhkan diripada dari aktiviti yang tidak berkaitan.”

Beliau menasihatkan agar pegawai atau pemain yang didekati oleh bookie supaya melaporkan kepada SPRM. Tambah beliau lagi:

“Berdasarkan apa yang berlaku sebelum ini, apabila terdapat isu integriti, ia menyebabkan penyokong tak berminat datang ke stadium, jadi itu yang kita nak hapuskan.”

Kami di semuanyaBOLA berharap SPRM berterusan memantau secara dekat isu ini. Isu intergriti seperti ini tidak ada tempat di dalam bola sepak.

Bukan sahaja melibatkan pemain, malah kesemua pihak yang berkaitan.

Baca juga: Nagelsmann Dan Hoffenheim Raikan Kemenangan Ke Atas Bayern Munich!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN