5 Pemain Bola Sepak Yang Beraksi Lebih Dari 2 Kelab Dalam Semusim

Dalam bola sepak, adalah sesuatu perkara yang normal untuk pemain bola sepak berhijrah dari satu kelab ke kelab yang lain.

Lazimnya jika seseorang pemain itu berpindah dalam satu-satu musim. Mereka akan bermain paling maksima sebanyak 2 kelab sahaja.

Tetapi, bagaimana pula dengan pemain yang bermain dengan lebih dari 2 kelab dalam satu musim?

Kami tampilkan 5 pemain yang pernah melalui pengalaman bermain dengan lebih dari 2 kelab dalam satu musim!

5. David Speedie

28247671

Speedie adalah seorang pemain yang beraksi di England sekitar 1980-an dan 1990-an. Beliau diingati kerana beraksi di kelab seperti Liverpool, Blackburn Rovers dan Coventry City.

Pada 1992, Speedie menyertai Liverpool yang dikendalikan oleh Kenny Dalglish ketika itu. Namun jodoh beliau dengan Liverpool tidak panjang apabila beliau dijual ke Blackburn Rovers selepas Dalglish meletakkan jawatannya di Liveprool.

Selepas membantu Blackburn Rovers ke Premier League, Speedie dijual ke Southampton. Di Southampton beliau cuma mampu melakukan 7 penampilan untuk kelabnya, sebelum beliau dipinjamkan kepada 3 kelab dalam masa semusim.

Beliau dipinjamkan ke Birmingham City dan West Bromwich Albion serta ke West Ham United dalam tempoh semusim. Ini menjadikan Speedie bermain untuk 4 kelab pada musim 1992/93.

4. Tony Cottee

2560

Para peminat Selangor yang otai pasti kenal dengan nama ini. Percaya atau tidak, Cottee juga pernah bermain lebih dari 2 kelab dalam masa semusim!

Perkara ini terjadi pada musim 2000/01. Ketika itu, Cottee sedang beraksi untuk Leicester City.

Selepas beraksi untuk Leicester City, Cottee menyertai Norwich City sebagai pemain-jurulatih. Namun oleh kerana tidak berjaya memenuhi jangkaan kelab, beliau menamatkan kontrak beliau lalu pergi ke Barnet.

Tempoh beliau di Barnet juga tidak panjang, beliau cuma bertahan untuk seminggu sahaja di kelab!

Akhirnya, Cottee menamatkan musim 2000/01 dengan menyertai Milwall pada hari terakhir jendela perpindahan. Dengan terjadinya perpindahan tersebut, Cottee bermain untuk 4 kelab dalam masa semusim.

3. Eric Nixon

photo10-copy

Penjaga gol yang pernah bermain untuk Manchester City ini pernah bermain dengan 4 kelab yang berbeza pada musim 1986/87.

Pada musim tersebut, Nixon pada mulanya dipinjamkan ke Wolverhampton Wanderers dan berjaya melakukan 16 penampilan sebelum dipinjamkan ke Bradford City.

Selepas hanya berjaya melakukan 3 penampilan untuk Bradford City,Nixon dipinjamkan pula ke Southampton dan berjaya melakukan 4 penampilan.

Seterusnya, Nixon dipinjamkan pula ke Carlisle United. Di sana, Nixon berjaya melakukan 16 penampilan. Akhir sekali, kelab terakhir Nixon dipinjamkan adalah Carlisle United dengan berjaya melakukan 16 penampilan.

Ini menjadikan Nixon bermain untuk 4 kelab berbeza pada musim 1986/87. Menariknya, kesemua 4 kelab yang disertai Nixon itu adalah kelab yang terletak di 4 divisyen berbeza!

2. Jefferson Louis

_91925322_louis-getty

Jika 3 nama sebelum ini bermain untuk 4 kelab dalam semusim. Jefferson Loius pula beraksi untuk 7 kelab dalam masa semusim!

Perkara ini terjadi pada musim 2005/06. Selepas dibelasah 4-0 menentang Chester, Louis dilepaskan oleh Bristol Rovers dan berhijrah ke 4 kelab sebelum malam tahun baharu 2006.

Kelab tersebut adalah Hemel Hempstead Town, Lewes, Worthing dan Stevenage Borough.

Baki 2 kelab yang beliau sertai pada 2006 adalah Eastleigh dan yang terakhir untuk Yeading menjadikan beliau bermain untuk 7 kelab dalam satu musim dan beliau tidak berpindah atas faktor pinjaman!

1. John Burridge

js33442981

John Burridge mencipta rekod dengan bermain untuk 29 kelab dalam tempoh 30 tahun karier beliau yang bermula pada 1969 hingga 1997!

Beliau mencipta rekod apabila bermain untuk lebih dari 2 kelab untuk 4 tahun berturut-turut!

Kami turutkan kelab yang beliau sertai mengikut musim:

  • 1993: Hibernian, Newcastle United, Scarborough, Lincoln City
  • 1994: Lincoln City, Enfield, Aberdeen, Newcastle United. Dunfirmline Athletic, Dumbarton, Falkirk, Manchester City
  • 1995: Manchester City, Notts County, Witton Albion, Darlington, Grimsby Town
  • 1996: Grimsby Town, Gateshead, Northampton Town, Queen of the South, Purfleet, Blyth Spartans, Scarborough

Ternyata, majoriti kelab yang Burridge bermain adalah ketika tempoh 4 tahun ini! Dan rekod itu masih lagi dipegang hingga ke hari ini.

Baca juga: Giggsy, Pemain Terbaik Dalam Sejarah Bola Sepak Inggeris

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN