Terrdapat kekhuatiran yang serius bahawa pemain Cardiff City, Emiliano Sala berada di dalam penerbangan yang hilang ketika kapal terbang tersebut berangkat dari Perancis menuju ke Cardiff.
BBC melaporkan Sala berkemungkinan adalah salah seorang dari dua individu yang berada di pesawat ringan, Piper Malibu – yang dilaporkan hilang dari radar di sekitar Alderney pada malam Isnin.
Cardiff City baru sahaja mengesahkan Sala sebagai pemain mereka pada Sabtu lepas, selepas pemain tersebut melengkapkan perpindahan dari Nantes. Operasi mencari dan menyelamat sedang dilakukan dan Lapangan Terban Cardiff mengesahkan pesawat tersebut sepatutnya tiba dari Nantes, namun kini tidak mempunyai sebarang butiran mengenai pesawat tersebut.
La ultima ❤️ ciao @FCNantes ???? pic.twitter.com/SV1dNHbYYH
— Emiliano Sala (@EmilianoSala1) January 21, 2019
Rekod pembelian
Cardiff City menandatangani Sala dengan nilai perpindahan rekod kelab sebanyak £15 juta kepada Nantes.
Sala adalah antara penjaring utama di Perancis sejak beberapa musim lalu, dan turut menjaringkan 13 gol untuk Nantes di semua pertandingan. Hanya Kylian Mbappe dan Nicolas Pepe mempunyai jumlah jaringan terkumpul lebih banyak dari Sala pada musim ini.
? @EmilianoSala1: “I can’t wait to start training, meet my new teammates and get down to work.”
? https://t.co/qhYX2deJ9G#CityAsOne ?⚽️?⚽️ pic.twitter.com/vgpAHRgdQC
— Cardiff City FC (@CardiffCityFC) January 19, 2019
“Ia adalah satu penghormatan dan saya sudah tidak sabar untuk memulakan latihan, berjumpa rakan baharu dan mula bekerja,” ujar Sala pada Sabtu lalu sejurus selepas disahkan sebagai pemain Cardiff.
Sala kemudian dilaporkan kembali ke Perancis untuk urusan peribadi, sebelum kembali ke Cardiff pada Isnin, dimana pesawat yang membawa beliau kini dipercayai hilang.