Pemain Australia Shane Lowry Kini Sertai JDT

Shane Lowry

Pasukan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) kini telah memperoleh pemain baharu dari Australia iaitu Shane Lowry.

Lowry merupakan pemain pertahanan berusia 31 tahun, menyertai juara bertahan Liga Super tersebut dengan status perpindahan percuma atau free transfer.

Menurut Pengarah Sukan JDT, Martin Prest, pemain ini merupakan pemain berpengalaman yang pernah beraksi di pelbagai kelab dengan Qatar merupakan destinasi terakhirnya sebelum ke Malaysia.

“Lowry sebelum ini beraksi bersama-sama Al-Ahli turut bermain buat Perth Glory di Australia.”

Lebih menarik, Lowry merupakan pemain yang mempunyai pengalaman luas di England apabila pernah beraksi bersama-sama Leeds United, Leyton Oritent, Milwall, Aston Villa, Birmingham City, Sheffield United dan Plymouth Argyle.

Bersama Al-Ahli, Lowry yang berketinggian 190 sentimeter itu melakukan 20 penampilan musim ini dengan tidak menjaringkan sebarang gol selain mengutip lima kad kuning.

Pemain berkaki kiri ini juga bukan setakat boleh beraksi di bahagian pertahanan tengah, malah di bahagian pemain tengah bertahan.

Lowry merupakan pemain yang mempunyai dua kerakyatan iaitu Australia dan juga Republik Ireland.

Baca juga artikel kami mengenai Liga Malaysia:

Zainal Abidin Selamat, CEO Melaka United Pula ‘Angkat Kaki’

Lee Tuck Dipilih Kerana Sudah ‘Masak’ Cara Nafuzi, Adakah Sanjar Juga Akan Kembali?

Datuk Seri Vida Mahu Kembali Ke Liga Malaysia Dengan Jadi Pemilik Perak

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN