Pemain Ada Hak Untuk ‘Boikot’ Sertai Sesi Latihan

Isu membabitkan pemain bola sepak profesional yang melancarkan boikot daripada turun ke sesi latihan terus menjadi antara topik perbualan hangat dalam kalangan pemerhati sukan tersebut kini di Malaysia.

Laporan terdahulu menyaksikan pemain-pemain Kedah Darul Aman (Kedah) tampil dengan boikot buat kali kedua untuk turun ke sesi latihan selepas ianya sudah pun dilakukan sejak beberapa minggu lalu.

Boikot tersebut berlaku disebabkan para pemain dilaporkan masih belum menerima sebarang tunggakan gaji ekoran keadaan kewangan pasukan tersebut terus dirundung malang sejak awal musim.

Umum mengetahui Kedah kini mengalami isu kewangan yang sangat parah dan ianya sudah pun mulai berlaku sejak penghujung musim lalu dan kekal melarat sehingga kini.

Situasi Kedah Kini Ibarat ‘Hidup Segan Mati Tak Mahu’

Lebih parah, pasukan itu juga menjadi satu-satunya kelab musim ini yang masih tidak mempunyai penaja utama sehingga krisis kewangan Sang Kenari menjadi begitu parah.

Situasi baru-baru ini menyaksikan para pemain utama Kedah kembali boikot daripada turun mengharungi sesi latihan untuk aksi seterusnya bertemu Terengganu.

Walaupun begitu, tindakan boikot tersebut dianggap tidak salah kerana mereka mempunyai alasan kukuh iaitu daripada segi masalah pembayaran gaji daripada pasukan tersebut.

Menerusi perkongsian Berita Harian, pemain-pemain Kedah tidak menerima gaji sejak tujuh bulan lalu dan situasi itu jelas memberi tamparan besar kepada pengurusan kelab berkenaan.

Menurut Effendi Jagan Abdullah selaku Pengarah Urusan Action Football Asia (M) Sdn Bhd, beliau berpandangan para pemain memiliki hak untuk tidak turun sertai sesi latihan pasukan, dengan syarat mereka perlu memaklumkan kepada pihak pengurusan.

“Tidak pergi latihan memang salah, tapi jika gaji tidak dibayar dalam tempoh yang lama dan pemain sudah bagi notis kepada pengurusan, jadi pemain ada hak.

“Pemain ada alasan yang kukuh, tapi mereka perlu beri tahu kepada pengurusan untuk tidak akan hadir ke latihan sehingga dapat gaji lama.

“Jika dua atau tiga bulan tidak dapat gaji saya fikir pemain akan pergi latihan, tapi kalau betul sampai tujuh bulan, itu sudah teruk. Namun, dalam keadaan ini pengurusan nak ambil tindakan apa terhadap pemain, sebab mereka pun salah.

“Mungkin dengan tindakan boikot, pemain berharap akan ada tindakan pantas dari pengurusan kelab untuk cari dana dan menyelesaikan isu gaji,” kata beliau menerusi laporan Berita Harian.

Status terkini menyaksikan para pemain utama Kedah kembali mengharungi sesi latihan selepas ianya dikongsikan sendiri menerusi media utama pasukan tersebut sebagai persediaan menentang Sang Penyu.

Sumber:
Berita Harian

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN