Berang Kerana Jarang Diturunkan, Pemain Di Argentina Acukan Pistol Kepada Pengurusnya

Lazimnya, apa yang pemain akan lakukan apabila mereka tidak diturunkan oleh pengurus mereka?

Ada yang akan meminta pengurus mereka untuk pinjamkan mereka ke kelab lain untuk mendapatkan minit beraksi, ada juga yang akan terus di bangku simpanan menanti waktu untuk diturunkan.

Tetapi di Argentina, pistol diacukan kepada si pengurus!

Seorang pemain yang bernama Cesar Pagani telah mengambil tindakan luar kawalan selepas mengacukan pistol untuk membunuh pengurus kelabnya yang bernama Cristian Neira.

Pagani dikatakan begitu berang dengan tindakan Neira yang sering meletakkan beliau di bangku simpanan bagi pasukan bernama Escuela Presidente Roca – sebuah kelab liga bawahan Argentina.

Insiden itu berlaku ketika sesi latihan pasukan tersebut dengan pihak polis dikerah untuk hadir ke padang latihan untuk menenangkan suasana.

Malah, pihak polis juga diminta untuk kekal di padang latihan bagi memastikan tiada insiden susulan berlaku.

Menurut Neira, beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Pagani.

“Saya sudah bersama dengan pasukan ini selama 45 tahun. Untuk membiarkan situasi tersebut berlaku memang saya tak akan biarkan.”

“Saya akan pastikan Pagani dihadapkan ke mahkamah dengan tindakannya itu.”

Neira telah pun meletakkan jawatannya sebagai pengurus kelab selepas insiden tersebut.

Beliau dengan tegasnya akan mengambil tindakan undang-undang selepas bekas anak buahnya itu cuba membunuh beliau di padang latihan.

Semoga insiden ini akan menjadi pengajaran buat kita semua.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN