Peluang Untuk Yusri Che Lah Persembahkan Taktikalnya Menentang Perak

Bekas ketua jurulatih Perlis dan Felcra FC, Yusri Che Lah sedia melakar kejutan dengan memastikan pasukan The Red Warrios mencipta kemenangan sulung dalam saingan unifi Liga Super Malaysia 2018 menentang Perak malam esok.

Menurut laporan akhbar Berita Harian, Yusri sudah mempunyai perancangannya yang tersendiri untuk menewaskan bekas pasukannya itu dengan melakukan beberapa rombakan di bahagian serangan.

Katanya, gandingan penyerang import dari Lubnan, Mohammed Ghaddar dengan penyerang import Brazil, Bruno Lopes sambil dibantu oleh pemain Indonesia, Ferdinand Sinaga menjadi taruhan terbaik untuk menewaskan skuad bimbingan Mehmet Durakovic itu.

“Setakat apa yang saya perhatikan memang pasukan perlu membuat rombakan kerana jika dilihat pada perlawanan sebelum ini memang kami gagal mencipta peluang mendapatkan jaringan.

“Oleh itu, saya sudah nampak beberapa taktikal yang boleh digunakan selain turut mengenal pasti ruang kelemahan yang terdapat pada skuad bimbingan Mehmet Durakovic.

“Apa pun saya mahu jadikan perlawanan nanti sebagai medan kebangkitan bagi Kelantan dan saya yakin pemain pun sudah dalam keadaan siap siaga untuk diturunkan pada perlawanan Sabtu ini,” katanya.

Mohammed Ghaddar kembali memperkuatkan pasukan Kelantan musim ini. FOTO: Kelantan FA

Walaupun hanya dilantik sebagai jurulatih sementara selepas pemecatan Sathit Bensoh, Yusri menganggap ini merupakan peluang terbaik untuk memikat pengurusan KAFA dengan membuktikan kemampuannya membimbing pasukan Liga Super seperti Kelantan.

“Saya tetap bersyukur walaupun tugasan ini hanya sementara dan jika selepas ini pasukan sudah ada jurulatih baharu, saya tetap sedia bekerjasama dengannya.

“Paling penting biarlah pasukan ini dapat mencipta kejayaan musim ini tidak kira siapa yang membimbingnya selepas ini,” katanya.

Menurut laporan akhbar tempatan, difahamkan calon jurulatih baharu yang akan membimbing skuad The Red Warriors dijangka hadir menyaksikan perlawanan itu esok.

Yusri Che Lah ketika menjadi jurulatih pasukan Perlis.

Kelantan setakat ini masih gagal mencatat sebarang kemenangan selepas 3 perlawanan. Mereka seri 1-1 dengan Terengganu FC tetapi tewas 1-2 kepada Melaka United dan 0-3 kepada Pahang.

Ekoran prestasi buruk itu,  ketua jurulatih dari Thailand, Sathit Bensoh telah dipecat oleh pengurusan KAFA dan bakal digantikan dengan jurulatih baharu.

Yusri Che Lah merupakan bekas pemain yang berpengalaman luas di peringkat domestik dan antarabangsa. Sebagai jurulatih, beliau pernah membawa pasukan Perlis kembali ke Liga Premier pada musim 2016 apabila muncul naib juara Liga FAM 2015.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN