Peluang Thanabalan Untuk Menyertai Skuad Harimau Malaya Tipis

Kecederaan yang melanda bintang skuad Malaysia bawah 23 tahun, N. Thanabalan telah membantutkan hasratnya untuk menyarung jersi skuad Harimau Malaya untuk aksi persahabatan antarabangsa menentang Fiji di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras pada 5 Julai depan.

Bercakap kepada Berita Harian, Thanabalan mengesahkan beliau mengalami kecederaan ketika menjalani latihan bersama pasukan Negeri Sembilan Isnin lalu.

Malah beliau juga tidak  beraksi ketika skuad Hobin Jang Hobin tewas kepada Terengganu dalam aksi Liga Super malam tadi.

Biarpun tahap kecederaannya masih belum disahkan doktor, Thanabalan berkata besar kemungkinan dia tidak dapat mewakili Harimau Malaya dalam aksi persahabatan menentang Fiji kerana lutut kirinya masih berasa sakit apabila mahu berjalan, apatah lagi untuk bermain bola.

“Kemungkinan besar saya tidak dapat melaporkan diri untuk menyertai kem latihan pusat mulai Ahad ini kerana kaki kiri saya masih sakit.

“Saya akan menghubungi Ketua Jurulatih Harimau Malaysia, Tan Cheng Hoe untuk memaklumkan mengenai kecederaan selepas bertemu doktor hari ini.

“Pada mulanya saya ingat kecederaan dialami tidak begitu serius. Namun selepas dua hari saya rasa makin sakit dan mungkin nasib saya kurang baik dan tuah tidak menyebelahi biarpun saya memang sudah lama mengidam mahu menyarung jersi skuad senior.

“Tambahan pula, ini adalah pertama kali saya dipanggil Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk bermain bersama skuad senior…. Jadi saya rasa amat rugi dan sedih kerana tidak dapat merebut peluang ini,” katanya.

Thanabalan ketika menjalani latihan bersama skuad Malaysia Bawah 23 tahun. FOTO: FAM

Ketua jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe telah memanggil 10 pemain berusia bawah 25 tahun ke kem latihan pusat skuad kebangsaan untuk persiapan menghadapi kejohanan AFF pada hujung tahun ini.

Daripada senarai itu, Cheng Hoe mengekalkan 11 daripada 23 pemain beraksi pada Kelayakan Piala Asia 2019 menentang Lubnan, 27 Mac lalu dan persahabatan bertemu Bhutan, 1 April lalu.

Sebagai ganti, Cheng Hoe menyenaraikan tiga pemain Kedah iaitu penjaga gol Ifwat Akmal Chek Kassim, Syazwan Zainon dan Rizal Ghazali, Nasir Basharudin dan Amirul Azhan Aznan (Perak), Aidil Zafuan Radzak (JDT) Thanabalan serta Danial Ashraf Abdullah (Kelantan).

Enam aksi persahabatan antarabangsa bakal menjadi pentas terbaik buat skuad negara memperbaiki kedudukan semasa Malaysia yang kini menghuni tangga ke-171 dunia dalam ranking Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Pada temasya Piala Suzuki AFF 2018, skuad negara diundi dalam Kumpulan A bersama Vietnam, Myanmar, Kemboja dan juga Laos, dengan anak buah Cheng Hoe akan membuka kempen bertemu Kemboja pada 8 November.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN