Peluang Terbaik Anak Buah Ong Kim Swee Cipta Sejarah Mara Ke Suku Akhir AFC B-23

Skuad bawah 23 tahun negara berpeluang cipta sejarah mara ke suku akhir dalam saingan AFC B-23 apabila 2 pasukan lawan mereka dalam kumpulan C, Arab Saudi terikat tanpa jaringan dengan pasukan Iraq semalam.

Berdasarkan kedudukan terkini dalam kumpulan, Malaysia wajib menang ke atas Arab Saudi dalam perlawanan ketiga pada 16 Januari ini sambil mengharapkan Jordan tewas kepada Iraq jika mahu menempah slot ke suku akhir.

Keputusan penuh perlawanan dan kedudukan terkini kumpulan C AFC B-23.

Skuad negara mempamerkan aksi yang membanggakan ketika menentang Jordan apabila berjaya meraih 1 mata berharga.

Atas kertas, Jordan merupakan pasukan pilihan apabila memegang status pemenang tempat ketiga edisi pertama pada tahun 2013 berbanding pasukan negara yang membuat debut pertama tahun ini.

Pengendali skuad bawah 23 negara, Datuk Ong Kim Swee bercakap kepada Kosmo, beliau tidak mahu anak buahnya bermegah dengan kejayaan mengikat Jordan sebaliknya mahu mereka fokus dalam misi merebut tempat ke suku akhir.

“Sebelum perlawanan, tiada siapa memberikan harapan kepada kita. Saya tahu kita dipandang rendah dan ramai juga me­ngatakan kita akan tewas, dibelasah tetapi hari ini (semalam) pemain membuktikan mereka mempu­nyai kepercayaan yang cukup luar biasa.

“Ini juga membuktikan walaupun pemain-pemain Jordan lebih baik tetapi dengan corak taktikal berkesan.

“Kita mampu mendapatkan keputusan baik apabila bermain de­ngan Jordan. Kita boleh membuktikan Malaysia boleh bersaing dan hampir melakukan kejutan.

“Menerusi keputusan ini bukan kita mahu berme­gah, kita mempunyai satu perlawanan lagi dan saya percaya perlawanan menentang Arab Saudi akan menentukan siapa akan la­yak (ke pusingan suku akhir Kejuaraan AFC B-23),” katanya.

Aksi Matthew Davies ketka bertemu Jordan semalam. FOTO: FAM

Penyerang JDT, Safawi Rashid yang menjaringkan 2 gol dalam saingan AFC B-23 setakat ini mahu membuktikan skuad Malaysia mampu bersaing dengan pasukan terbaik asia dan semakin bersemangat untuk mencipta sejarah ke suku akhir.

“Saya tak nak pasukan lawan (terutama) dari Asia Barat me­rendahkan kita, hari ini (semalam) kita sudah beri yang terbaik untuk Malaysia. Kita dapat keputusan positif.

“Ini adalah kejohanan tahap tinggi bagi kami. Jadi, semua pemain mahu cipta sejarah. Mungkin perlawanan seterusnya (bertemu Arab Saudi) kalau kita menang, ada peluang ke suku akhir.

“Kalau semua pemain bekerja keras kita boleh dapat keputusan baik, tak kira siapa yang jaringkan gol yang penting kita menang,” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN