Peluang Syihan Hazmi Untuk Uji Ketajaman Penyerang Handalan EPL

Penjaga gol Harimau Malaya iaitu Ahmad Syihan Hazmi dilihat berpeluang untuk menguji barisan pemain serangan berkualiti New Zealand pada aksi persahabatan akan berlangsung nanti.

Terdahulu, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengesahkan skuad kebangsaan bakal mengharungi satu aksi persahabatan pada bulan Oktober ini dengan New Zealand menjadi lawan mereka pada 14 Oktober.

Beraksi di Stadium North Harbour, Auckland, ini menjadi satu peluang cukup baik buat Malaysia untuk memperoleh pengalaman berguna menentang salah satu pasukan handalan sebaik New Zealand.

Rekod sebelum ini menyaksikan kedua negara ini bertemu pada 18 tahun lalu dengan Malaysia tewas 0-1 di tangan lawan era kejurulatihan Norizan Bakar.

Kali terakhir mereka beraksi di pentas Piala Dunia ialah pada tahun 2010 dengan bekas penyerang import Kedah Darul Aman (Kedah) iaitu Shane Smeltz menjadi sebahagian daripada pasukan tersebut.

“Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), hari ini ingin mengesahkan bahawa skuad Harimau Malaya kendalian Pau Marti akan mengadakan Perlawanan Antarabangsa Tier 1 menentang pasukan ranking ke-94 dunia, New Zealand di Stadium North Harbour, Auckland pada Isnin, 14 Oktober 2024.

“Kali terakhir skuad Harimau Malaya bertemu New Zealand ialah 18 tahun yang lalu iaitu ketika skuad yang dibimbing Norizan Bakar ketika itu tewas 1-0 pada aksi persahabatan pertama di Christchurch pada 19 Februari 2006 dan tewas 2-1 pada aksi persahabatan kedua di Auckland pada 23 Februari 2006.

“Perlawanan tersebut bakal berlangsung dalam Kalendar Antarabangsa FIFA, 7 hingga 15 Oktober 2024,” jelas kenyataan FAM menerusi laman rasmi mereka.

New Zealand ketika ini dibarisi oleh beberapa pemain berpengalaman dan hebat, termasuk Chris Wood yang kini menyertai saingan English Premier League di England bersama Nottingham Forest.

Untuk awal musim ini sahaja Wood telah pun meledak satu gol daripada dua perlawanan awal diharungi Nottingham Forest di pentas EPL selaku penyerang utama.

Maka, ini menjadi peluang terbaik buat Syihan untuk menguji ketangkasan beliau menepis percubaan berbahaya daripada penyerang berkelas dunia itu.

Selain itu, New Zealand turut mempunyai beberapa lagi pemain handalan seperti Liberato Cacace, Elijah Just, Max Crocomble, serta ramai lagi untuk memberi cabaran kepada skuad kendalian Pau Marti Vicente.

Sudah tentu aksi persahabatan ini ditagih Pau untuk menilai sendiri keadaan semasa Malaysia di pentas antarabangsa dengan bertemu lawan sehebat New Zealand.

Pada pandangan anda, adakah Harimau Malaya mampu mengaum ketika berdepan cabaran daripada New Zealand?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN