“Peluang Bukan Datang Selalu” – Syazwan Zainon Tekad Buktikan Kedah Mampu Bersaing Untuk Piala AFC

Debaran perlawanan pertama bagi peringkat Kumpulan G untuk saingan Piala AFC pastinya semakin dirasai dalam kalangan peminat Kedah Darul Aman (KDA) kini.

Sebentar tadi, para pemain dan pegawai KDA telah pun berlepas ke Bali, Indonesia bagi menghadapi saingan tersebut pada 24 Jun ini termasuk import baharu mereka yang baru diumumkan semalam.

Menurut kapten KDA iaitu Syazwan Zainon, beliau akui saingan Piala AFC bukan sesuatu yang mudah untuk dihadapi mereka selain mengatakan peluang bermain dalam kejohanan tersebut tidak semua dapat dirasai oleh setiap pemain.

Oleh sebab itu, Syazwan mahu setiap pemain yang mendapat peluang ini agar beraksi dengan sehabis baik untuk buktikan kepada semua pihak.

“Peluang bukan datang selalu dan kalau kita tengok dalam Liga Malaysia pun Kedah tidak ada tempat untuk ke AFC. Jadi, bila ada peluang ini kena ambil dan gunakan sebaik mungkin untuk buktikan kepada semua pihak.

“Buktikan, supaya mereka boleh tengok dan nilai prestasi kita yang walaupun dalam Liga Malaysia, pasukan tidak okay tetapi di pentas AFC pasukan kita mampu menghasilkan sesuatu,” katanya kepada pemberita ketika ditemui Bernama di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di sini.

Untuk saingan Piala AFC 2022 ini, KDA telah diundi dalam Kumpulan G bersama tiga lagi pasukan iaitu Bali United, Kaya FC, dan Visakha FC yang bakal berlangsung di Stadium Kapten I Wayan Dipta.

Dalam masa sama, Syazwan juga menjelaskan mengenai persiapan semasa pasukan sambil menilai pengendali KDA, Aidil Sharin telah menyediakan modul terbaik buat mereka sebelum berlepas ke Indonesia.

“Selepas berehat daripada Liga Malaysia, persediaan memang dibuat hari demi hari. Jadi, pihak pengurusan, kejurulatihan, peminat serta pemain itu sendiri memang meletakkan harapan yang cukup tinggi untuk layak ke peringkat seterusnya.

“Perlawanan pertama menentang Bali United FC pada 24 Jun depan akan menentukan hala tuju pasukan dan saya yakin barisan pemain senior, muda, lama dan baharu ini akan dapat beraksi dengan baik walaupun kuota pemain import masih belum lengkap,” katanya.

Selain itu, penyerang berbisa KDA iaitu Ronald Ngah Wanjah juga optimis pasukan dapat mencipta sesuatu dalam saingan Piala AFC ini setelah banyak perkara positif dicatat sepanjang sesi latihan selama empat minggu berlangsung.

“Objektif kami pergi ke Bali dan berada di kedudukan teratas. Untuk menjadi pemenang, kami harus memenangi setiap perlawanan di sana. Saya mahu menjaringkan gol, tetapi jika saya dapat membantu pasukan menjaringkan gol, saya akan lakukan kerana yang penting adalah untuk menang dan kami mengimpikan untuk meletakkan Kedah di ranking lebih tinggi dalam AFC.

“Bagi pasukan lawan kami, saya melihat beberapa video permainan mereka dan jika mereka mempunyai mata yang kukuh, begitu juga kami. Apa yang penting sekarang adalah untuk memberikan yang terbaik sebagai satu pasukan,” katanya.

Sumber:
BERNAMA

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN