Peluang Amri Yahyah Benam Selangor

Behind the scenes: Bayern's deserved victory at Bayer Leverkusen Loading official content
Behind the scenes: Bayern's deserved victory at Bayer Leverkusen
Check out behind the scenes action from FC Bayern's 2-0 away win in the second leg of UEFA Champions League Last-16 against Bayer Leverkusen.
0 seconds of 1 minute, 29 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
00:00
01:29
01:29
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Romero, Bentancur, Kulusevski recognized after 100 Spurs appearances Mourinho: 'We all know we were the better team' Isak's Carabao Cup goals against Arsenal and Chelsea Pitchside Angle: Matías Mier’s goal vs Malut United Postecoglou: Spurs' strong response secures 3-1 victory over Alkmaar Amorim on Bruno Fernandes: 'We need to help him to win titles' Joshua Kimmich extends his Bayern contract Maresca happy for streak and confident in two players ready for the 'final sprint' Behind the scenes: PSG's magical night at Anfield Vicario: 'We face this kind of pressure every week' Bayern's new anthem – goosebumps at the Allianz Arena Lihat lebih video FC Bayern München di OneFootball

Amri Yahyah berpeluang membenam bekas pasukannya Selangor selepas undian pusingan kedua Piala FA 2020 diadakan sebentar tadi.

Beberapa aksi menarik bakal menanti peminat bola sepak tanah air, apabila beberapa undian menemukan beberapa pasukan yang masing-masing dianggap pilihan.

Juara bertahan musim lalu, Kedah misalnya akan menanti kunjungan juara pertandingan sama pada musim 2018, Pahang.

Beberapa pertemuan lain turut dilihat seimbang, seperti pertemuan melibatkan Pulau Pinang vs Negeri Sembilan, dan juga Sabah vs Kuala Lumpur – dua pasukan yang pernah mencipta perseteruan di pertandingan ini pada awal 90an.

Antara perlawanan lain yang turut mencuri tumpuan perhatian penyokong bola sepak tempatan semestinya perlawanan membabitkan Selangor menentang Sarawak United.

Selangor juara lima kali Piala FA bakal berhadapan pasukan berwajah baharu Sarawak United yang mewakili Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) dalam pertandingan ini.

Kedua-dua pasukan belum mempunyai sebarang catatan sejarah perlawanan sesama mereka. Tetapi perlawanan ini mempunyai kehangatannya tersendiri kerana ia bakal meyaksikan bakal anak emas Red Giants, Amri Yahyah kembali ke Stadium Shah Alam.

Pemain penyerang berusia 39 tahun itu meninggalkan Selangor pada akhir musim lalu sebelum memutuskan untuk menyertai Sarawak United di saingan Liga Premier.

Selain Amri, Sarawak United yang dikendalikan oleh jurulatih berpengalaman, E. Elavasaran turut mengikat beberapa pemain berpengalaman seperti Fauzi Roslan, S. Chanturu dan Asri Chuchu.

Amri sebelum ini menimbulkan kemarahan penyokong Selangor apabila berkata pasukan baharu yang bakal diwakilinya tidak akan tewas kepada bekas pasukannya itu.

Adakah Sarawak United akan menjadi giant killer dalam saingan kali ini?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN