Satu tempoh masa dahulu, kelab-kelab China melakukan pembelian besar-besaran terhadap para pemain yang beraksi di Eropah.
Pemain yang dibawa ke China bukanlah calang-calang. Oscar, Alex Teixera dan juga Alexadre Pato antara pemain yang dibawa oleh kelab-kelab Chinese Super League (CSL) ke liga tersebut.
Turut tidak ketinggalan, bekas pemain Southampton Granziano Pelle turut tidak ketinggalan untuk menyertai beraksi di China.
Kehadiran para pemain ke CSL menimbulkan kontroversi, hal ini kerana kelab-kelab CSL menawarkan gaji yang terlalu besar kepada mereka ketika itu.
Jadi, ia menimbulkan persoalan, adakah para pemain ini berpindah kerana wang?
Saya main kerana wang
Baru-baru ini, Granziano Pelle telah membuka mulut mengenai perpindahannya ke China.
Beliau menyertai pasukan Shandong Luneng.
Bercakap kepada sebuah rancangan Itali bertajuk Emigratis, Pelle mengaku yang beliau pergi ke China atas dasar wang.
“Ya benar, saya pergi bermain di China atas faktor wang.”
“Kalau bukan kerana wang, saya tak akan bermain di sana. Jelas sekali, saya ke sana atas sebab itu.”
Nyata Pelle antara beberapa pemain yang jelas mengaku mereka ke sana kerana wang.
Namun ia adil buat Pelle memandangkan beliau sudah pun berusia 31 tahun, jadi untuk mengambil peluang bermain dengan gaji sebanyak itu pada fasa terakhir karier adalah satu tindakan yang munasabah.
Baca juga: Penswastaan Liga Malaysia: Apa Maksudnya, Apa Syaratnya & Apa Status Terkini?