Legenda bola sepak dunia, Pele kini mengalami tekanan disebabkan keadaan kesihatannya yang agak teruk sehingga menyebabkan beliau malu untuk keluar dari rumahnya.
Menurut laporan agensi berita Reuters, anak Pele, Edinho mengatakan bapanya tidak boleh berjalan dengan baik dan memerlukan bantuan tongkat untuk bergerak.
“Ketika ini dia sangat mudah ‘terasa’. Sebelum ini dia ada buat rawatan pinggang tetapi proses penyembuhan dan rehabilitasinya tidak berlaku dengan baik.
Pele is "embarrassed" to leave his house because of ill health, according to his son.
— BBC Sport (@BBCSport) February 10, 2020
More: https://t.co/PDN4e7sRh0 pic.twitter.com/N6mRlOb1pk
“Jadi masalah utama ketika ini adalah dia sukar untuk bergerak ke mana-mana sehingga menyebabkan dirinya megalami tekanan perasaan. Bayangkan, dia adalah ‘raja’ bola sepak, tetapi hari ini dia tidak boleh berjalan dengan baik.
“Dia berasa sangat malu sehingga tidak mahu keluar dan enggan dilihat oleh sesiapa atau apa sahaja perkara yang memerlukannya untuk keluar dari rumah. Dia juga enggan untuk ditembual oleh mana-mana media.
Menurut Edinho, beliau juga beberapa kali berbalah dengan bapanya kerana tidak mahu menjalani rawatan fisioterapi selepas selesai membuat pembedahan pinggang sebelum ini.
#pele Hear the GOAT is suffering from depression as a result of his poor health. He gave so many so much joy and inspiration, how can we show him we still think about him? So sad to see such a bright light, fade so quietly into the darkness. pic.twitter.com/DkebLLRvVb
— Michael Blakesley (@blakesleynow) February 10, 2020
Pele merupakan satu-satunya pemain bole sepak yang memenangi tiga Piala Dunia. Beliau meluangkan sebahagian besar daripada kariernya bersama kelab Brazil, Santos sebelum berpindah ke New York Cosmos pada 1970.
Bulan Jun ini merupakan ulang tahun ke-50 sempena kemenangan Pele dan perlawanan akhir Piala Dunia menentang Mexico di mana kebanyak pemerhati bole sepak percaya skuad Brazil ketika itu merupakan pasukan terbaik sepanjang zaman.