Pelaksanaan ECP Oleh MFL Pada 2021 Adalah Wajar

Beberapa rakan kongsi Liga Malaysia menyifatkan tempoh masa diberikan Malaysian Football League (MFL) dalam pelaksanaan Economic Control Programme (ECP) sehingga tahun 2021 sebagai langkah wajar untuk memberikan peluang memahami konsep ECP dengan lebih mendalam.

Itulah yang diakui salah satu rakan kongsi iaitu Felda United Football Club (FUFC) menerusi Setiausaha Agungnya Afizal Abu Othman berkata, pengendali Liga Malaysia itu tidak terburu-buru dalam pelaksanaan ECP.

Jelas Afizal, beliau berharap semua pasukan mengambil serius langkah yang akan diambil oleh MFL ini dan tidak mengamalkan sikap kerja saat akhir yang pasti menyukarkan pelaksanaan ECP ini.

Nidzam

“Bagi saya tempoh satu tahun diberikan MFL adalah mencukupi, cuma saya berharap semua pasukan akan betul-betul mengambil berat dan kita harapkan masa diberikan ini dimanfaat sepenuhnya dan jangan ada budaya kerja ‘last minute’.

“Proses gerak kerja kena dimulakan daripada sekarang dan difahamkan akan ada satu seminar serta taklimat berkaitan ECP ini pada pertengahan November ini.

“Kita harap apa yang MFL buat ini bukan sahaja membantu Felda tetapi bola sepak secara keseluruhan terutama di Liga Malaysia dan ECP ini dapat berjalan dengan baik jika semua pasukan berikan kerjasama, ” katanya.

MFL melalui Mesyuarat Lembaga Pengarah yang dipengerusikan Datuk Haji Hamidin Haji Mohd. Amin baru-baru ini mencapai kata sepakat memperkenalkan ECP secara berperingkat bermula musim depan sebelum secara menyeluruh serta lebih ketat pada 2021.

Malaysian Football League (MFL) meneruskan jelajah sesi taklimat mengenai Program Kawalan Ekonomi (Economic Control…

Posted by Malaysian Football League on Friday, August 30, 2019

Satu penerangan lebih menyeluruh kepada semua pasukan akan dibuat menerusi satu seminar pada satu tarikh pada pertengahan November ini yang akan dikendalikan wakil perunding ECP, PricewaterhouseCoopers Risk Services Sdn. Bhd, La Liga dan MFL.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) Nokman Mustaffa jelas positif dengan tindakan dibuat MFL berhubung tempoh masa pelaksanaan ECP selain mengharapkan satu penerangan terperinci buat semua pasukan.

“Kita sememangnya menyokong penuh hasrat MFL ini cuma kita mahukan penerangan lebih terperinci dan saya harap seminar yang akan dibuat pada bulan depan mampu menjelaskan pandangan kita semua.

Nokman Mustaffa

“Tempoh masa bagi saya agak sesuai dan jika dibuat awal pun, saya rasa tiada masalah akan bantu tiap persatuan memahami lebih cepat dan jika pada 2021 pun, saya memang setuju.

“Soal pengurusan kewangan ini sememangnya perlu dititikberat oleh semua pasukan agar mereka mampu belanja berhemah selain sistem ECP ini, ia akan membantu pasukan belajar menyimpan kewangan serta boleh digunakan dalam masa diperlukan, “ katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN