Pelakon Drama Tidak Sangka Lakonan Sentuh Sensitiviti Penyokong Liverpool

Baru-baru ini tular di media sosial mengenai seorang penyokong bola sepak Liverpool dari Malaysia membuat satu laporan melalui email kerana tidak berpuas hati dengan salah satu babak di dalam drama Jujurlah Nikahi Aku.

Ia susulan salah satu babak dari drama tersebut yang disiarkan di episod ke-27 memaparkan salah satu watak menggunakan jersi Liverpool sebagai kain lap air kencing.

Susulan tularnya kisah laporan tersebut yang turut mendapat pelbagai reaksi dari penyokong Liverpool dan peminat sukan bola sepak yang lain, pelakonnya, Uyaina Arshad tampil melakukan permohonan maaf.

Menurut pelakon berusia 27 tahun itu, beliau hanya menjalankan kewajipannya ketika melakukan babak tersebut dan tidak menjangka ia akan menyentuh sensitiviti penyokong juara eropah tersebut.

Bercakap kepada Harian Metro seperti yang disiarkan oleh akhbar itu semalam, Uyaina berkata:

“Sebagai pelakon, saya cuma mengikut arahan yang diberikan pihak produksi. Mungkin lebih baik pihak produksi yang menjelaskan mengenai pekara ini.

“Tapi, secara peribadi saya ingin memohon maaf kepada mereka yang terasa hati dengan babak itu. Mungkin ia menyakitkan hati dan mengguris perasaan penyokong Liverpool,” katanya.

Akhbar yang sama turut menghubungi pengarah drama tersebut, Rashid Sibir namun beliau enggan memberikan komen lanjut mengenai isu tersebut.

“Tiada komen buat masa ini. Mungkin selepas tamat episod akhir nanti barulah saya keluarkan kenyataan,” balasnya ringkas.

Jujurlah Nikahi Aku adalah adalah sebuah drama adaptasi dari novel karya Umie Nadzimah yang disiarkan di slot DramaVaganza, Astro Ria.

Ia disiarkan pada setiap 7 malam dari Isnin sehingga Jumaat sejak 27 Januari lalu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN