Pekan Ramli: “JDT Akan Tetap Jadi Pasukan Terkuat”

Pemerhati bola sepak tempatan, Dr Pekan Ramli tampil memberi pandangan tersendiri mengenai situasi semasa kelab gergasi Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT).

Jelas beliau, JDT tetap merupakan pasukan paling kuat ketika ini untuk saingan Liga Malaysia (Liga M), pada musim hadapan walaupun tanpa sebahagian pemain yang telah dilepaskan.

Terdahulu, JDT tampil mencipta kejutan selepas mereka mengumumkan pengendali kelab iaitu Esteban Solari tidak lagi akan bersama untuk saingan pada musim hadapan bersama staf kejurulatihan lain.

Selain Solari, JDT turut melepaskan beberapa pemain dan turut meminjamkan sebahagian tonggak mereka kepada pasukan baharu untuk penstrukturan semula.

“Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) ingin mengucapkan terima kasih dan selamat maju jaya kepada barisan kejurulatihan, pemain dan kakitangan yang akan meninggalkan kelab.

“Harimau Selatan sedang melakukan transformasi yang memperlihatkan kelab mengurangkan perbelanjaan sehingga 30-40% disebabkan keperluan untuk penstrukturan semula kewangan bagi memastikan kelangsungan jangka panjang kelab.

“Kelab telah membelanjakan sejumlah wang untuk projek bola sepak sepanjang enam hingga tujuh tahun ini,” jelas kenyataan tersebut.

Jelas Pekan, JDT tetap akan melengkapkan segalanya pada musim hadapan walaupun kini sudah melepaskan ramai tonggak untuk kekal menjadi antara pasukan terkuat.

“Saya nampak JDT akan tetap jadi pasukan terkuat. Kita tidak tahu apa perancangan mereka tapi saya pasti JDT akan melengkapkan pasukan mereka dengan pemain terbaik.

“Sekarang ini pemain yang ada dan sudah pasti saya nampak walaupun JDT kata tahun depan mereka sebagai pasukan underdog tapi saya rasa kekuatan tidak banyak berubah,” katanya menerusi laporan dikeluarkan oleh Harian Metro.

Para pemain JDT dilepaskan untuk musim hadapan ialah Aidil Zafuan Abd Radzak, S. Kunanlan, Ahmad Hazwan Bakri, Adam Nor Azlin, Leandro Velazquez dan penyerang import, Diogo Luis Santo.

Selain itu, Oscar Arribas, Syafiq Ahmad, Safawi Rasid, Akhyar Rashid dan Haziq Nadzli sah bakal dipinjamkan ke kelab lain untuk saingan musim hadapan.

Laporan semasa menyatakan Safawi Rasid dan Akhyar Rashid akan menyertai Terengganu pada musim hadapan serta berkemungkinan besar Syafiq Ahmad akan kembali mewakili Kedah Darul Aman (Kedah) secara pinjaman.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN