Selepas Manchester City sah menandatangani Ederson dari Benfica, kini masa depan Bravo sebagai penjaga gol No.1 di Etihad semakin samar.
Agak malang untuk penjaga gol yang dibawa masuk dengan nilai perpindahan £15.4 juta dari Barcelona pada awal musim 2016/17.
Bravo adalah penjaga gol yang dikatakan Guardiola memenuhi falsafah bola sepak beliau yang mahukan ball-playing keeper. Ini sekaligus membuatkan Joe Hart dipinjamkan ke Torino.
Namun Hart gagal mendapatkan perjanjian tetap setelah Torino tidak mampu memenuhi tuntutan gaji Hart.
Setelah beberapa siri kesilapan dalam perlawanan, Bravo kehilangan tempat kepada Caballero.
Lebih malang penjaga gol ini sudah pastinya tahu yang beliau sudah bukan no.1 lagi di Etihad selepas Manchester City membeli penjaga gol Benfica, Ederson dengan rekod perpindahan dunia.
Melihatkan keadaan itu, pengurus Lille, Marcelo Bielsa menawarkan opsyen kepada Bravo untuk menyertai beliau di Lille secara pinjaman semusim.
Bielsa dan Bravo pernah bekerjasama ketika di skuad kebangsaan Chile. Bielsa yakin Bravo masih antara penjaga gol elit di dunia dan mahu membantu beliau kembali ke prestasi terbaik.
Kontrak semasa Bravo masih panjang iaitu sehingga 2020.
Manchester City pada masa yang sama menerima semula kepulangan Joe Hart. Khabar angin juga mendedahkan penjaga gol tersebut mungkin akan dijual kerana gaji yang tinggi.
Adakah Bravo akan dilepaskan? Kerana buat masa ini, Pep Guardiola pastinya merasakan Bravo cukup bagus untuk menjadi no.2.
Cuma persoalannya, mahukah Bravo terus berada sebagai no.2 musim ini?