Chelsea menerima perkhabaran kurang enak daripada jabatan kecergasan apabila Alvaro Morata dilaporkan akan berehat sselama 6 minggu kerana masalah hamstring.
Morata cedera ketika perlawanan Chelsea menentang Manchester City minggu lalu. Beliau dilihat memegang hamstring beliau dan minta dikeluarkan.
Bukan sahaja Chelsea, malah Sepanyol juga terpaksa melupakan khidmat Morata untuk minggu antarabangsa mereka. Morata menjaringkan gol cantik ketika menentang Itali sebelum ini.
Pada awalnya, Antonio Conte menjangkakan yang Morata tidak akan berehat selama itu. Apabila laporan perubatan keluar, kecederaan tersebut mungkin melibatkan tendon.
Ini pastinya tamparan yang hebat kerana Morata dalam prestasi terbaik bersama Chelsea. Morata menjadi pemain penting ketika mereka menang 1-2 ke atas Atletico Madrid.
Morata dijangka tidak akan bermain dalam 6 perlawanan yang Chelsea hadapi dalam jadual yang sibuk. Chelsea berhadapan dengan jadual padat dengan bermain 6 perlawanan dalam tempoh 22 hari.
Paling merisaukan adalah, ketiadaan Morata jelas mengganggu permainan Chelsea. Beliau boleh dianggap pemain penting di dalam sistem permainan Chelsea.
Dari sudut yang lain, ini adalah masa terbaik untuk Batshuayi membuktikan kemampuan beliau. Ia dianggap ‘audition’ untuk pemain muda ini.
Selain itu, Conte juga kerap beberapa kali menggunakan Hazard sebagai 9 jadian di dalam sistem mereka.
Semoga cepat sembuh dan kembali kepada prestasi terbaik untuk Alvaro Morata.