Pedro, Hazard Bantu Chelsea Lepasi Cabaran Bournemouth

Chelsea meneruskan permulaan sempurna di bawah kendalian pengurus baharu mereka, Maurizio Sarri.

Kali ini mereka menang ke atas Bournemouth dengan keputusan 2-0. Lawan yang memberikan tentangan hebat kepada mereka.

Separuh masa pertama Chelsea ternyata sukar untuk mengatasi Bournemouth yang bertahan dengan sangat baik.

Namun kemasukan Pedro pada minit ke-65 separuh masa kedua terus dibalas oleh pemain kebangsaan Sepanyol itu.

Beliau membuka gol pertama perlawanan pada minit ke-72 hasil ciptaan Giroud. Satu percubaan ke sudut gol yang sangat cantik.

https://twitter.com/golvideotv1/status/1035913169078771712?s=19

Ketika menuju ke wisel penamat giliran Hazard menambah gol hasil umpanan Alonso.

Chelsea dipaksa bekerja keras, melakukan 24 percubaan sepanjang perlawanan ini.

Hazard ternyata pemain yang kembali kepada prestasi terbaik beliau dalam EPL. Beliau beraksi cemerlang dalam perlawanan ini. Menjadi nadi dan perancang utama pasukan.

Chelsea menang 2-0. Dan kemenangan ini membolehkan mereka kekal dengan permulaan sempurna. 4 kemenangan daripada 4.

Mereka di tangga ke-2 hanya dibezakan oleh perbezaan jaringan dengan Liverpool.

Sementara itu Bournemouth menghuni tangga ke-6 ketika wisel penamat.

Chelsea selepas ini akan berhadapan dengan Cardiff City.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN