5 Cara Untuk Tingkatkan Tahap Pecutan Anda Dalam Bola Sepak

Dalam bola sepak, kita mesti ada meminati beberapa pemain yang mempunyai kepantasan yang tinggi seperti Cristiano Ronaldo atau pun Gareth Bale bukan?

Tapi tahukah anda kita perlu meletakkan beberapa latihan untuk menaikkan tahap kelajuan larian anda ketika bermain bola sepak.

Tempoh hari, pembaca kami ada bertanya kepada kami mengenai cara untuk meningkatkan tahap pecutan ketika bermain bermain bola sepak.

Berikut adalah beberapa tips yang boleh anda gunakan di dalam latihan anda.

Lompat dan capai

Untuk meningkatkan kelajuan, aspek fizikal juga perlu diambil kira. Hal ini kerana, otot yang baik dapat membantu anda untuk anda untuk mendapatkan kelajuan yang lebih banyak.

Latihan lompat dan capai ini antara latihan yang mudah yang boleh membantu anda meningkatkan kelajuan anda.

Caranya adalah, anda tetapkan sasaran ketinggian untuk anda capai dengan tangan anda.

Kemudian, anda perlu lompat setinggi boleh dan capai sasaran ketinggian dengan menyentuh sasaran tersebut dengan menggunakan tangan anda.

Mengangkat berat

Latihan ini ibarat seperti latihan squat tetapi terdapat beban yang perlu diangkat.

Dalam latihan ini, anda perlu berada pada postur hendak melakukan senaman squat sambil beban diletakkan di tanah.

Kemudian anda perlu kekalkan postur tersebut sambil memegang beban tersebut. Seterusnya, angkat beban tersebut ke paras dada anda dan ulang semula latihan tersebut.

Untuk latihan ini anda perlu lakukannya sebanyak 3 set latihan dengan pengulangan sebanyak 10 hingga 15 kali setiap 1 set.

Bertukar-tukar lompatan

Latihan bertukar-tukar lompatan atau dikenali sebagai alternating jumps dalam bahasa Inggeris ini merupakan latihan yang memerlukan anda untuk melompat sambil menukar kaki secara bergilir-gilir.

Pada mulanya, letakkan satu kaki di belakang dan satu lagi di depan sambil kedua-dua tangan anda dihalakan ke bahagian belakang.

Kemudian anda perlu melompat dengan menukar kaki yang berada di belakang diletakkan di hadapan, dan kaki di hadapan diletakkan di belakang.

Dan jangan lupa, pastikan kedua-dua tangan anda dihalakan ke udara ketika proses menukar kedudukan kaki.

Lakukan latihan ini sebanyak 3 hingga 6 set dengan 10 kali setiap kaki di dalam 1 set latihan.

Pecutan tekan tubi

Jika 2 latihan sebelum ini lebih terarah kepada pembangunan aspek kekuatan fizikal, latihan ini lebih tertumpu untuk meningkatkan aspek pecutan anda.

Pecutan tekan tubi adalah satu latihan yang mana anda perlu memecut ketika anda sedang berada dalam kedudukan hendak melakukan tekan tubi (push-ups).

Untuk latihan ini, anda perlu memecut dalam jarak 20 meter dan bermula dengan kedudukan seperti mahu melakukan tekan tubi. Ulang latihan ini sebanyak 3 hingga 6 kali.

Latihan melepaskan diri

Latihan melepaskan diri ini merupakan latihan yang sering dilakukan oleh para pemain bola sepak profesional.

Latihan melepaskan diri ini perlu dilakukan secara berpasangan dan perlu dilakukan sebanyak 4 hingga 6 kali dalam jarak 10 meter.

Caranya adalah, rakan anda perlu memegang anda dari belakang di bahagian pinggul dan menyekat anda dari berlari dengan mudah pada 1 meter yang pertama.

Hal ini kerana untuk memaksa anda untuk menggunakan pecutan semaksima mungkin. Selepas 1 meter larian, rakan anda akan lepaskan anda untuk memecut sehingga ke garisan penamat.

Baca juga: 5 Kecederaan Yang Biasa Berlaku Ketika Anda Bermain Bola Sepak

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN