‘Pecutan Akhir’ Beto Untuk Tersenarai Dalam Skuad SEA 2017

Beto

Nama pemain tengah Perak, Ahmad Khairil Anuar Zamri sebelum ini telah tercicir daripada senarai 27 pemain untuk latihan pusat fasa akhir Sukan SEA 2017 kerana dibelenggu kecederaan berpanjangan.

Namun umum mengetahui bahawa ketua jurulatih skuad B-23 kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee sentiasa berharap pemain yang mesra dengan panggilan Beto itu agar dapat segera pulih daripada kecederaan yang dialaminya.

Bercakap kepada Goal.com, Kim Swee memaklumkan walaupun tiada dalam senarai 27 pemain yang diumumkannya sebelum ini, Beto yang sedang menjalani proses pemulihan itu telah berlatih bersama skuad tersebut sejak dari awal lagi.

“Saya berharap kecederaannya akan pulih dalam masa terdekat ini supaya saya dapat menilai peluangnya (untuk ke Sukan SEA),” jelas Kim Swee mengenai peluang Beto kepada Goal.com.

Beto mengejar masa untuk memastikan dirinya cergas sepenuhnya untuk berpeluang merebut ‘tiket’ untuk beraksi di Sukan SEA nanti.

Sudah terang lagi bersuluh, Kim Swee sememangnya meletakkan harapan untuk menyenaraikan Beto ke dalam skuadnya disamping telah memiliki dua lagi pemain tengah berkaliber, Nor Azam Azih dan Amirul Hisyam Awang Kechik.

Selain Beto, tiga lagi pemain yang dilaporkan cedera iaitu Syamer Kutty Abba (Pulau Pinang) dan dua pemain Kedah, Amirul Hisyam Awang Kechik serta Ariff Farhan Md Isa dikhabarkan telah pulih sepenuhnya. Situasi ini jelas sedikit melegakan jurulatih berusia 46 tahun itu.

Malaysia vs Mongolia,Datuk Ong Kim Swee(Coach),during 2018 AFC U-23 CHAMPIONSHIP QUALIFIERS match Group H on 23 July 2017 at Supachalasai National Stadium Bangkok Thailand Photo by Mohammad Nur Ridzuan /www.asiana.my

Walaubagaimanapun, senarai kecederaan pemain kembali bertambah apabila dua penyerang, S. Kumaahran dan N. Thanabalan pula dilaporkan mengalamai kecederaan hamstring dan lutut. Kim Swee turut memaklumkan kepada The Star, kecederaan Kumaahran tampak serius dan kini dalam pemantauannya.

“Saya tidak bercadang memanggil pemain baharu walaupun terdapat beberapa masalah kecederaan pemain ketika dalam latihan kerana kami memiliki pilihan pemain yang cukup di dalam pasukan,” tambah Kim Swee lagi yang memaklumkan terdapat beberapa pemain kini dalam program khas untuk mencapai semula kecergasan.

“Skuad ini mempunyai kualiti. Jadual Sukan SEA kali ini tidak terlalu padat seperti edisi sebelumnya. Faktor kecergasan akan menjadi kunci utama kerana pasukan akan bermain enam perlawanan jika kita berjaya mara ke final,” kata Kim Swee kepada Berita Harian.

Sumber Rujukan:

  1. Zulhilmi Zainal, Goal.com (2017): Ong Kim Swee Focuses On Fitness, Still Hoping For Beto Recovery; http://www.goal.com/en-za/news/kim-swee-focuses-on-recovery-still-hoping-for-beto-recovery/re658u1t6z291ktlyqab6eob4
  2. K. Rajan, The Star (2017): Kumaahran Fighting To Be Fit Before Final Games Squad Is Named; http://www.thestar.com.my/sport/football/2017/08/10/kumaahran-fighting-to-be-fit-before-final-games-squad-is-named/
  3. Ajitpal Singh, Berita Harian (2017): Elak Terlampau Yakin Sebagai Tuan Rumah – Kim Swee; https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2017/08/310419/elak-terlampau-yakin-sebagai-tuan-rumah-kim-swee

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN