Perlawanan yang dianggap sebagai perseteruan terbesar di dalam bola sepak Ingggeris antara Manchester United dan Liverpool yang sepatutnya berlangsung pada Ahad di Old Trafford telah ditangguhkan selepas berlaku insiden protes, yang bertukar seperti rusuhan oleh penyokong.
Ribuan penyokong The Red Devils hadir di beberapa lokasi berbeza untuk menentang keluarga Glazer yang memiliki Manchester United.
Kebanyakkan daripada mereka sememangnya sudah lama rasa tidak puas hati dengan rejim Glazer yang mengawal pegangan di dalam United. Jumlah penyokong yang membantah tersebut semakin bertambah selepas cubaan kelab tersebut menyertai European Super League (ESL), sebelum kelab itu menarik diri dua hari selepas pengumuman dilakukan.
Sepanjang protes, sepanduk mendesak Glazer keluar dari pemilikan (dalam kata lain jual pegangan mereka) diarak. Namun salah satu dari sepanduk 50+1 turut mencuri tumpuan.
Kami mendapat maklum balas dari salah seorang pembaca kami yang mahukan penjelasan lanjut mengenai apa itu 50+1 dan apa kaitannya dengan pegangan saham Manchester United oleh keluarga Glazer.
Sejarah pemilikan saham oleh keluarga Glazer
Sebelum kita pergi lebih jauh, ayuh kita lihat kembali bagaimana keseluruhan saham Manchester United jatuh ke tangan keluarga Glazer pada nilai £800 juta pada 2005. Sebelum itu, kelab bola sepak paling popular di dunia itu dimiliki oleh penyokong, golongan pelabur, selain sebahagian lain saham dimiliki secara bukan majoriti oleh individu-individu tertentu.
Segalanya bermula apabila Lembaga Pengarah Manchester United mencari pelabur baharu pada awal 2000. Ia membenarkan Glazer mendapatkan 2.9% saham Manchester United pada nilai £9 juta pada 2 Mac 2003. Itulah kali pertama nama keluarga Glazer mulai bertapak di Old Trafford.
https://twitter.com/YAANITEED/status/1296218609639882753
Saham tersebut Glazer perolehi melalui syarikat yag dinamakan Red Football. Pada September tahun yang sama, Red Football meningkatkan pegangan mereka kepada 3.17%. Ia kelihatan seperti pelaburan biasa pada awalnya, namun khbar angin mengenai pengambilalihan mulai bertiup kencang.
Menjelang Oktober 2003, Red Football terus meningkatkan pegangan mereka kepada 8.93% dan pada penghujung bulan berikutnya keliarga Glazer sudah menguasai 15% daripada peganga tersebut. Pada ketika ini, niat keluara Glazer semakin jelas. Hanya dalam tempoh kurang setahun, keluarga Glazer memiliki 15% pegangan.
Manchester United takeover: The incredible profit the Glazer family will make if club is sold https://t.co/j4S0PRgquB pic.twitter.com/AiXxMUkNNJ
— EDAFE MATTHEW ESEOGHENE (@ELEGBETE1) October 21, 2018
Ianya tidak berhenti di situ. Pada Februari 2004, Glazer meningkatkan lagi pemilikan mereka kepada 16.31% sebelum laporan oleh Financial Times mendedahkan Commerzbank telah diarahkan untuk melihat kepada kemungkinan pengambilalihan dilakukan. Saham kelab terus melonjak 5% pada ketika itu membuatkan nilai kelab melonjak kepada £741 juta. Dan apabila pegangan Glazer mencecah 30% pada Oktober 2004, maka bidaan rasmi untuk pemilikan mutlak harus dilakukan.
Pada 12 Mei 2005, Red Football mengumumkan persetujuan telah tercapai dengan dua pemilik terbesar saham, J.P McManus dan John Magnier untuk membeli 28.7% saham, sekaligus memberikan 57% penguasaan kepada Glazer di dalam kelab. Selepas itu mereka juga berjaya memujuk pemegang saham ketiga terbesar; seorang usahawan perlombongan, Harry Dobson untuk menjual pegangan beliau. Ini meningkatkan pegangan Glazer kepada 62%.
Apabila Glazer telah menguasai 75.7% saham beberapa hari kemudian, maka ini bermakna status Manchester United sebagai sebuah PLC (private limited company) telah berakhir. Malah pegangan kelab di Bursa Saham London telah dihenti untuk diniagakan buat kali pertama dalam tempoh 14 tahun.
It is 15 years to the day since #MUFC board wrote to remaining shareholders to advise on sale to the Glazer family.
Here, in depth, we retrace their takeover + time since: the controversy, the commercialism + how the club is run now
@TheAthleticUKhttps://t.co/RDdWF4eS0h
— Laurie Whitwell (@lauriewhitwell) May 26, 2020
Pada 26 Mei Lembaga Pengarah Manchester United menulis sepucuk surat kepada baki pemilik saham untuk menyatakan niat menjual baki saham, dan turut mengarahkan pemegang saham yang lain berbuat demikian. Tindakan tersebut bermakna Lembaga Pengarah sudah tidak mempunyai suara.
Pengerusi kelab, Sir Roy Gardner, Pengarah bukan eksekutif, Ian Much dan Jim O’Neill meletakkan jawatan masing-masing. Pada 7 Jun 2005, Avram Glazer dan adik beradik yang lain seperti Joel dan Bryan dilantik ke dalam Lembaga Pengarah kelab. Keluarga Glazer memiliki 98% saham menjelang 28 Jun untuk memaksa saki baki pemegang saham yang lain menjualkan hak mereka.
Pecahan pegangan keluarga Glazer
Memandangkan saham ssyarikat kini menjadi milik keluarga Glazer, maka ini bermakna mereka memiliki undi/suara mutlak di dalam syarikat.
Walaupun keluarga Glazer mengapungkan 16.7 juta saham (sekitar 10% pengangan kelab) ke Bursa Saham London, ia tidak menjejaskan pegangan dan suara mereka di dalam kelab.
Malah hasil penjualan saham tersebut, keluarga Glazer telah mengaut keuntungan £230 juta. Hanya dalam tempoh sepuluh tahun, nilai Manchester United telah meningkat dari £800 juta kepada £2.3 billion. Hari ini Manchester United dianggarkan bernilai lebih dari £4 billion.
Berikut adalah senarai pemegang terbesar Manchester United dan kuasa membuat keputusan yang diwakili oleh setiap keluarga Glazzer.
Apa itu dasar 50+1?
Penjelasan di atas menyebabkan penyokong Manchester United mendesak dasar 50+1 diterapkan. Selain meletakkan pelaburan berbentuk wang ringgit dalam membiayai kos operasi sesebuah pasukan, penajaan oleh syarikat merupakan satu strategi untuk memiliki sesebuah pasukan.
Bayern Munich misalnya dimiliki hasil perkongsian beberapa syarikat yang berpengkalan di Jerman seperti Adidas AG, Allianz SE dan Audi AG, di mana membentuk 25% pemilikan dari segi ‘shareholders’.
Namun begitu, peratusan pemilikan ‘shareholders’ oleh syarikat yang menaja adalah berbeza antara Bundesliga dan EPL. Peraturan yang menghadkan pemilikan secara majoriti pemilikan saham sedikit membantutkan hasrat penajaan dari syarikat untuk menaja pasukan di Jerman.
Thousands of Manchester United fans have protested against their club's owners, also using the slogan "50+1, #ProtectTheLegacy."
What is the 50+1 rule and how it is being applied in German football?
From May 2020, by @matt_4d: https://t.co/CTp1isaiig #MUFC pic.twitter.com/B1y7tZ0qmQ
— DW Sports (@dw_sports) May 2, 2021
“Dasar 50+1” yang digunapakai di Jerman sememangnya unik dan sudah pasti lebih memihak penyokong berbanding kuasa yang ada pada syarikat.
50 tambah 1 (51%) bermaksud suara undian yang dibuat adalah berpandukan kepada persetujuan ahli lembaga pengarah/persatuan di mana kumpulan ini turut terdiri daripada wakil penyokong sesebuah pasukan.
Mereka bukan sahaja dianggap sebagai penyokong. Malah mereka juga adalah sebahagian pemilik saham yang mempunyai hak untuk membuat keputusan. Dengan kata lain, mereka mewakili 51% undi di dalam kelab.
Qué pasada ver a la afición del Manchester United pidiendo la norma del 50+1 en el fútbol inglés
¡Qué vuelvan los clubes a sus verdaderos propietarios, LOS SOCIOS! 💪 pic.twitter.com/whzH5y9nzp
— 1. FC Union Berlin ES (@fcunion_es) May 2, 2021
Sementara baki iaitu 49% adalah suara/undi yang dimiliki oleh pelabur/syarikat yang memiliki sesebuah pasukan.
Dasar ini akan mengurangkan kuasa pemilikan syarikat sekaligus mampu melindungi pasukan, selain mengelakkan kelab disalahgunakan untuk kepentingan individu tertentu dan membelakangkan kepentingan di dalam kelab.
Contohnya paling jelas ialah seperti mempergunakan pasukan bola sepak untuk tujuan selain dari bola sepak seperti membiayai hutang dari perniagaan asalnya.
Rumusan
Dasar sebegini sememangnya tidak disenangi oleh golongan kapitalis seperti keluarga Glazer atau pemilik syarikat yang hanya tahu mengaut keuntungan keluar dari kelab untuk diisi ke dalam poket sendiri.
Peraturan ini secara tidak langsung menghindarkan mereka yang bertopengkan pelabur dari terlibat dalam liga ini. Dasar sebegini juga akan terus memelihara tradisi dan legasi sesebuah kelab yang berasal dari penyokong dari generasi ke generasi.
Kengganan kelab-kelab Jerman terlibat dengan penganjuran European Super League adalah contoh jelas bagaimana dasar ini berfungsi dan dilaksanakan.
Apa pendapat anda? Wajarkah Premier League melaksanakan dasar serupa seperti yang dilaksanakan di Bundesliga ini?
Baca artikel lain mengenai Manchester United melalui pautan:
Kesebelasan Utama Man Utd Impian David Moyes Yang Tidak Kesampaian
European Super League: Perangai Tidak Sedar Diri Man Utd, Liverpool, & Arsenal Dibidas