Jersi Argentina yang pernah disarung oleh Diego Maradona ketika menjaringkan gol kontroversi ‘Hand of God’ dalam perlawanan menentang England di Piala Dunia 1986 telah dilelong pada nilai USD9.3 juta (RM40 juta).
Jumlah tersebut adalah nilai tertinggi yang pernah dibayar untuk barangan kolektor sukan (memorabilia).
Juru lelong, Sotheby berjaya menjual jersi tersebut secara atas talian pada Rabu lalu. Bagaimnana pun identiti pembida yang berjaya mendapatkan jersi ‘keramat’ itu tidak didedahkan.
Jersi ikonik Maradona
Jersi No.10 Argentina dianggap sebagai jersi ikonik yang sinonim dengan legenda bola sepak dunia, Maradona. Namun jersi No.10 di Piala Dunia 1986 mempunyai nilai tersendiri kerana apa yang dilakukan Maradona di kejohanan itu.
Dalam perlawanan suku akhir menentang England di Mexico City pada 22 Jun 1986, Maradona menjaringkan dua gol untul membantu negaranya menewaskan England 2-1.
Menjadikan perlawanan tersebut amat signifikan ialah perlawanan tersebut mengambil tempat hanya selepas empat tahun Britain dan Argentina berperang untuk Kepulauan Falkland.
The Hand of God and the Goal of the Century.
The shirt Diego Maradona wore during the 1986 World Cup quarterfinal vs. England has been sold at auction for $8.9M 👕 pic.twitter.com/s4ng2cmmLa
— B/R Football (@brfootball) May 4, 2022
Perlawanan tersebut turut dihiasi dengan kontroversi kerana gol pertama penyerang Argentina itu dibenarkan walaupun ia jelas ditolak dengan tangan. Insiden tersebut bagaimana pun tidak dilihat oleh pengadil.
Maradona kemudiannya berkata: “Gol tersebut dihasilkan oleh kepala Maradona, dan sedikit oleh tangan tuhan.”
Gol kedua Maradona dalam perlawanan tersebut pula menyaksikan beliau menggelecek hampir kesemua pemain England sebelum menewaskan penjaga gol, Peter Shilton. Pada 2022, jaringan tersebut diabadikan sebagai “Gol Tercantik Abad Ini”.
Pernah dipamer di Manchester
Selepas perlawanan tersebut, Maradona bertukar jersi dengan pemain tengah England Steven Hodge. Jersi tersebut kemudiannya dipinjamkan kepada Muzium Bola Sepak Kebangsaan England di Manchester sebelum diputuskan untuk dijual.
Selepas keputusan untuk menjualnya disahkan, keluarga Maradona pernah menimbulkan keraguan jersi No.10 itu bukan jersi asal yang digunakan oleh Maradona dalam perlawanan tesebut.
The Diego Maradona @Argentina shirt which he wore in the 1986 @FIFAWorldCup quarter-final against England has sold for £7,142,500 at the end of a two-week online auction at @Sothebys, it officially becomes the most expensive match-worn sports jersey in history. pic.twitter.com/MTGVFlgmhZ
— Asif Burhan (@AsifBurhan) May 4, 2022
Dakwaan itu bagaimana pun dinafikan oleh penyelidik yang mengesahkan ia jersi asli seperti yang dipakau oleh Maradona – berdasarkan bukti gambar lama beresolusi tinggi.
Rekod jualan untuk barangan memorabilia sebelum ini dilelong pada harga USD8.8 juta untuk manifesto Sukan Olimpik moden.
Untuk barangan sukan, nilai bidaan tertinggi yang pernah terhasil ialah pada nilai USD5.64 juta untuk jersni Babe Ruth, New York Yankees pada 2019.