PDRM ‘Tempang’ Tanpa 2 Tonggak Utama Sebelum Hadapi JDT

PDRM bakal mengharungi satu aksi cukup getir pada hari ini dalam saingan Liga Super 2024/2025 dengan pertemuan membabitkan kelab itu menentang cabaran Johor Darul Ta’zim (JDT).

Atas kertas, segalanya memihak kepada JDT jika dibandingkan PDRM daripada segi prestasi semasa serta kualiti pemain yang bakal dibawa turun beraksi.

Malah, Harimau Selatan juga mempunyai kelebihan pada aksi ini kerana mereka bakal bermain di halaman sendiri iaitu Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri, Johor.

Namun, ia tidak menjadi pematah semangat buat PDRM yang impi untuk mengulangi aksi pusingan pertama Liga Super lalu apabila mereka berjaya mengikat seri jaguh bola sepak Asia tersebut.

Pada aksi lalu, jaringan Shahrel Fikri memastikan PDRM tidak hampa dengan kekalahan apabila mereka berjaya memastikan Harimau Selatan seri buat pertama kali pada saingan musim ini.

Bagi aksi hari ini, Sang Saka Biru enggan memikirkan jumlah gol atau keputusan akhir perlawanan dengan mereka ingin memberi fokus pada aksi terbaik di atas padang.

Malah, PDRM juga berwaspada akan kualiti pasukan lawan dan enggan dibolosi dengan jumlah besar seperti pernah dihadapi beberapa pasukan lain sewaktu menghadapi JDT.

Menurut V Kavi Chelvan selaku pembantu jurulatih, kelab kendaliannya itu bersama P. Maniam bakal tampil dengan usaha penuh untuk memberi aksi terbaik sekali gus meraih hasil positif.

“Sebagai satu-satunya pasukan yang pernah mencatatkan keputusan seri dengan JDT, usaha kami adalah untuk mempertahankan rekod itu.

“Walaupun beraksi di tempat lawan bukan suatu kerja senang, tapi sasaran itu akan cuba dilakukan.

“Kita tahu, JDT sudah pasti tampil dengan kekuatan yang lebih kerana mahu menebus kekecewaan sebelum ini.”

“Jadi, tumpuan kita hanya hendak berikan satu komitmen tinggi dalam perlawanan esok, tak mahu fikir tentang jaringan dan sebagainya, kerana kita sedar akan kekuatan JDT dan kualiti barisan pemain mereka,” kata beliau menerusi laporan Harian Metro.

Pada masa sama, para pemain PDRM sendiri berada dalam motivasi terbaik selepas kejayaan mereka mengetepikan cabaran Kedah Darul Aman (Kedah) pada aksi lalu ketika saingan MFL Challenge Cup.

“Tidak dinafikan kejayaan itu satu motivasi kepada pemain dan saya percaya mereka akan memberikan satu tentangan yang sengit terhadap JDT.

“Pertemuan dengan JDT ini adalah satu perlawanan yang sangat bagus untuk kita dalam persiapan mempertahankan kejuaraan Piala Cabaran,” ujar beliau lagi.

Selain itu, PDRM juga mengesahkan mereka tidak dapat menggunakan khidmat pertahanan import iaitu Kyaw Min Oo serta Safiee Ahmad kerana kedua pemain itu menjalani hukuman penggantungan perlawanan.

“Pemain-pemain utama lain boleh diturunkan dan kita akan pastikan PDRM dapat memberikan persembahan terbaik dan cabaran bermakna kepada JDT, esok,” katanya akhir sekali.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN