PDRM Serba ‘Tempang’ Sebelum Hadapi Cabaran Getir Kuching City

PDRM bakal menghadapi cabaran Kuching City pada hari ini bagi aksi Liga Super seterusnya musim 2024/2025 dengan perlawanan tersebut bakal berlangsung di Stadium Majlis Perbandaran Selayang demi misi merebut tiga mata.

Rekod perlawanan lalu menyaksikan kemenangan berpihak Kuching City apabila pasukan tersebut meraih kemenangan 2-0 mengatasi PDRM di Stadium Negeri.

Dua gol Kuching City sebelum itu diledak oleh pemain Harimau Malaya iaitu Danial Amier sebelum Jordan Mintah memastikan tiga mata penuh memihak kepada mereka.

Bagi aksi hari ini, sudah tentu P. Maniam tidak rela untuk terus mencipta kekalahan buat kali kedua di tangan pasukan tersebut dengan beberapa persiapan rapi dicipta.

Walaupun begitu, Maniam terpaksa menerima hakikat apabila beliau kehilangan dua pemain import yang menjadi kekuatan pasukan tersebut musim ini akibat penggantungan perlawanan disebabkan tiga kad kuning dikutip.

Dua pemain tersebut ialah penyerang berbisa mereka musim ini iaitu Ifedayo Olusegun serta pemain tengah mereka dari Nigeria, Aremu Timothy menerusi pengesahan dibuat oleh Maniam.

Untuk itu, pengendali berpengalaman tersebut terpaksa menggunakan khidmat Shahrel Fikri serta Hadi Fayyadh selaku pengganti kepada kekosongan itu di posisi serangan.

“Kita berdepan Kuching City tanpa Ifedayo dan Timothy, jadi pemain-pemain sedia ada perlu tunjukkan kesungguhan dan kemahuan untuk menang.

“Sandaran kita kali ini diletakkan kepada Shahrel Fikri (Md Fauzi) dan Hadi Fayyadh (Abdul Razak) untuk menampilkan aksi terbaik masing-masing.

“Saya juga mengharapkan pemain-pemain yang diturunkan dalam kesebelasan utama dapat menunjukkan permainan berkualiti masing-masing,” kata Maniam menerusi Sinar Harian.

Selain itu, Maniam juga mengingatkan kepada para pemain untuk tidak mengambil mudah akan cabaran yang mampu diberikan oleh anak-anak buah Aidil Sharin Sahak.

“PDRM tewas di Kuching sebelum ini bukan kerana kita tidak bermain pada tahap terbaik biarpun kehilangan beberapa tonggak dalam perlawanan itu.

“Kita tewas kerana gagal memanfaatkan setiap peluang yang diperolehi dalam perlawanan itu dalam bentuk jaringan.

“Jadi kali ini pemain PDRM tidak boleh ambil mudah walaupun kelebihan beraksi di laman sendiri kerana saya jangkakan cabaran sengit Kuching City,” kata

Sumber:
Sinar Harian

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN