PDRM Pertaruh 3 Penyerang Berbisa Untuk Benam Cabaran KL City

Mourinho: 'We all know we were the better team' Loading official content
Mourinho: 'We all know we were the better team'
Fenerbahce manager Jose Mourinho reflects on his sides Europa League defeat to Rangers after the Turkish giants lost on penalties, with Mourinho stating that the best side lost.
0 seconds of 1 minute, 16 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
00:00
01:16
01:16
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Isak's Carabao Cup goals against Arsenal and Chelsea Pitchside Angle: Matías Mier’s goal vs Malut United Postecoglou: Spurs' strong response secures 3-1 victory over Alkmaar Amorim on Bruno Fernandes: 'We need to help him to win titles' Joshua Kimmich extends his Bayern contract Maresca happy for streak and confident in two players ready for the 'final sprint' Mourinho: 'We are not at a disadvantage despite losing 3-1 to Rangers' Behind the scenes: PSG's magical night at Anfield Courtois: 'I'm tired of teams crying about refereeing decisions' Vicario: 'We face this kind of pressure every week' Rodri returns to the training pitch Pitchside Angle: Kei Hirose scores a decisive goal at Dewa United Bayern's new anthem – goosebumps at the Allianz Arena Minamino scores again for Monaco in draw against Toulouse Lihat lebih video Hayters - Pressbox di OneFootball

PDRM dijangka bakal mempertaruhkan barisan pemain terkuat mereka untuk berdepan cabaran Kuala Lumpur City (KL City) pada aksi hari ini dalam saingan Liga Super 2024/2025 bagi mendapatkan tiga mata seterusnya.

Hadir dengan momentum terbaik ketika ini, skuad The Cops dianggap sebagai pasukan pilihan untuk meraih tiga mata penuh mengatasi cabaran KL City yang akan beraksi di laman sendiri iaitu Stadium Majlis Perbandaran Selayang.

Apa tidaknya, PDRM sebelum ini masih lagi segar akan kemenangan tipis 2-1 ketika pasukan tersebut mengatasi cabaran Negeri Sembilan pada beberapa hari lalu.

Menjadi antara kelab yang membuat beberapa rombakan musim ini, jelas PDRM tampil lebih baik di posisi serangan mereka yang sudah pun dibuktikan sejak aksi-aksi lalu.

Menurut P. Maniam selaku jurulatih utama PDRM, beliau bakal mempertaruhkan tiga pemain serangan berbisa mereka musim ini iaitu Shahrel Fikri, Ifedayo Olusegun, serta pemain kacukan Brazil-Jepun, Bruno Suzuki.

Menurut Maniam, gandingan ketiga pemain itu sudah pun terbukti ketika mereka mengikat seri Johor Darul Ta’zim (JDT) 1-1, serta siri kemenangan lalu mengatasi Negeri Sembilan.

Malah, Shahrel sendiri dianggap mencapai konsistensi terbaik apabila beliau telah meledak dua gol dalam dua aksi lalu bersama aksi cukup menyakinkan di posisi sayap kanan.

Maniam turut memberi pujian buat Ifedayo dan menyifatkan penyerang itu memberi impak tersendiri walaupun penyerang import itu tidak meledak sebarang gol pada dua aksi diharungi PDRM sebelum ini.

“Ifedayo seorang pemain berpengalaman dan saya yakin dengan kemampuannya, malah dia sentiasa menunjukkan sikap positif dalam setiap perlawanan dan berusaha untuk menjaringkan gol.

“Sesuai dengan posisinya di bahagian serangan, beliau sentiasa mencuba meletakkan bola ke gawang lawan.

“Setakat ini, gandingan beliau bersama Bruno dan Shahrel Fikri nampak efektif. Saya mengharapkan mereka dapat meneruskan rentak terbaik itu pada pertembungan dengan KL City nanti,” kata beliau menerusi laporan Harian Metro.

Pada masa sama, bekas pengendali Petaling Jaya City (PJ City) itu juga enggan meletakkan sebarang tekanan tinggi buat barisan pemainnya untuk mendapatkan tiga mata penuh pada aksi tersebut.

Sebaliknya, Maniam mahu anak-anak buahnya itu tampil dengan komitmen yang tinggi untuk mengharungi aksi tersebut sepanjang tempoh 90 minit berlangsung.

Pengendali berpengalaman itu juga mahu konsistensi mereka dalam mempamerkan persembahan terbaik perlu diteruskan bagi mendapat keputusan lebih baik pada aksi menentang KL City.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN